Isu Sisters In Islam: Sikap Saya - Dr Mujahid
Dari Blog Ibnu Hashim DR MUJAHID YUSOF RAWA SIKAP saya dalam menangani fatwa pengharaman Sisters In Islam Forum Malaysia (SIS) telah menimbulkan kontroversi yang tidak menemui titik noktahnya. Saya dan Ahli Parlimen Shah Alam serta Sepang terpaksa menongkah arus bukan sahaja dalam lingkungan parti kami (PAS) tetapi juga kepada persepsi sebahagian masyarakat Islam yang menganggap kami mencabar keputusan Majlis Fatwa Selangor yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor. Saya telah menjelaskan sikap saya yang secara ringkasnya bukan mencabar fatwa tetapi cuba memohon penjelasan bagaimana proses fatwa dikenakan atas sesebuah organisasi atau individu dalam mencari ruang pihak yang tertuduh mendapat pembelaan, dan dalam konteks SIS Forum ia soal pemikiran yang menuntut muzakarah sehingga terbukti kesesatannya. Juham dan Abim Prihatin Semasa kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS mendapat perhatian media, Juham atau Jabatan Und...