Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RUMAH TANGGA ISLAM

Sakinah, Mawaddah, Mahabbah Dan Rahmah Dalam Rumah Tangga

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Ikatan Perkahwinan mendorong pembinaan keluarga bahagia yang sangat mempengaruhi tujuan kehidupan setiap insan di dalam keluarga tersebut. Hala tuju kehidupan yang mencari keredhaan Allah itu diperkemaskan dari masa ke semasa dalam rumah tangga.  Suami sebagai pemimpin mendidik dan mengasuh isteri dan anak-anak dengan penuh rasa tanggung jawab. Isteri pula membantu suami dengan taat dengan watak bidadari dan serikandi terpuji. Anak-anak terasuh dalam sistem hidup yang mengutamakan kehendak Allah dan Rasul dalam setiap persoalan.  Demikianlah tujuan berkahwin sepertimana disebutkan dalam surat Ar-Rum, ayat 21, iaitu untuk membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia. Itulah keluarga yang merasakan kebahagiaan lahir dan batin, keluarga yang sakinah dan sejahtera.  Keluarga bahagia adalah keluarga yang rasa terhubung hati masing-masing Allah dan Rasul. Ianya adalah perasaan takut setakut-takutnya dengan Al...

Memilih Yang Berkat - Biarlah Ibu Yang Carikan Jodoh

Imej
Pasangan Hidup Pilihan Ibu Suatu Hari.. Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?” Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.” “Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia. Pilihlah dia kerana imannya." “Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi. “Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.” “Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perba...

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Imej
Ambilan dari Blog  Hasrul Hassan Untung isteri yang ada suami yang tahu memasak. Lagi untung jika memang pandai memasak. Suruhlah masak apa sahaja, si suami bagai petik jari dan senyum angkat kening. Suami pandai memasak memang satu kelebihan. Jika nak cari suami, pilihlah suami yang tahu memasak, bonus jika suami pandai memasak. Antara tahu dengan pandai memasak, ada bezanya ye. Kalau tahu - kategori macam masak telur goreng, masak nasi, masak air .... jika kategori pandai, si suami boleh masak ikan patin masak tempoyak, kailan ikan masin, kari kepala ikan, sup kelapa kepala ikan merah sedap, sotong celup tepung, masak karipap, masak cucur udang ... dan langkahnya bukan semasa kuali di atas dapur tapi bermula dari menyiang ikan dan sayur sampailah ia menjadi masakan licin pinggan bila menjamah. Kelebihan Punyai Suami Tahu dan Pandai MemasakSuami pandai memasak satu kelebihan sebab anak-anak tidak perlu makan di kedai apabila si isteri tidak sihat atau tidak larat...

Tips Melayan Suami - 5 Perkara Yang Dialpakan Oleh Para Isteri!!

Hidup berumah tangga adalah kehidupan yang panjang. Itulah kebiasaannya pada kebanyakan menusia. Ada juga yang berpisah atau bercerai dengan pasangan masing-masing tetapi biasanya rumah tangga dibina semula. Merujuk semula dengan pasangan yang diceraikan atau berkahwin lain adalah lumrah. Kehidupan berkeluarga menjadi keutamaan semua insan di dunia. Itulah fitrah kejadian manusia. Oleh kerana hidup berkeluarga adalah suatu yang panjang dan lama masanya, banyak hal yang - kerana terbiasa - menjadikan kita alpa dalam menghargainya. Pak Lang ingin paparkan di sini tentang kesilapan isteri (walaupun para suami juga mempunyai banyak perkara yang dialpakan juga).  Ini semuanya adalah himpunan pengalaman para suami. Nanti para isteri yang ingin memberi komentar boleh nyatakan pula apa yang mereka harapkan dari suami. Suara hati para isteri tentu lebih bersifat realiti. Apa pun sebenarnya, kelemahan isteri tentulah berpunca dari kelemahan suami. Isteri itu adalah bayangan suaminya. K...