Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMATIAN ITU HAMPIR

Kematian - Mana Milik Kita?

Imej
IndahNya seawal pagi ini....tatkala seusai sahur. Kain kafan telah siap-siap terbungkus namun sebuah senyuman tetap terlakar. (Lihat gambar di bawah). Bukanlah gambar ini dijadikan mainan tetapi jangan 'main-mainan'.  Kita selalu menyebut harta, keluarga, kesihatan seringkali kita mengatakan bukan milik kita ketika waktu kehilangan. Begitu juga dunia...ramai yang kata 'Dunia ini bukan Milik kita' taktala ditimpa pelbagai musibah. Tetapi apakah rasa memiliki dan ingin memiliki benar-benar 'putus' dalam diri kita.  Walhal rasa memiliki dan ingin memiliki kembali menebal semula memenuhi ruang diri. Sepertimana kita melewati jenazah...ketika itu kita insaf menghitung diri. Namun apabila tanah kubur yang bukan hanya sempat lagi merah, dan...dan..belum tanam lagi. Kita kembali lupa segala-galannya. Kerana kita tidak merasakan bahawa jenazah yang kita lihat itu adalah sebenarnya DIRI kita!. Sudah Allah menyatakan kenyataanNYa berulang-ulang kali pada setiap ke...

Bersiap Menuju Negeri Kekal Abadi

Imej
Andainya penghujung itu telah tertulis. Maka bersiap siaga semua anak-anak angkatan. Bangkit segera semuanya dari kemabukkan kerana dunia ada batasnya. Mengapa harus berasa senang lenang sedangkan telah ada yang bergelimpangan bermandikan darah, diremuk dipatah! oleh sang pendusta zaman. Tanggalkan pakaian keegoan, kemegahan, kebesaran, kecantikan. Saluti tubuh dengan pakaian 'kematiaan' sebagai tanda menempuh 'kesusahan' dan 'penderitaan'. Tegakkan bendera panji-panji kemuliaan 'Allah HU' di tengah medan. Berkat 'haq' mara bahaya terhunus ke wajah, tidak akan ada yang berundur ke belakang. Karam...tenggelam...dalam lautan makrifah, itulah sebenar-benarnya 'hidup'. Ayuh! semuanya kita menuju ke negeri yang kekal abadi!

Mati - Andai Ku Pergi !!!!! Dimanakah Kesudahanku....

Imej
Berikut adalah monolog hati seorang penulis blog yang Pak Lang kutip untuk dipaparkan di sini. Bahan monolog beliau wajar untuk direnungi kita semua. Semoga ianya bermanfaat menginsafkan kita.  Assalamualaikum, Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah. Insya Allah. Dalam sebuah hadis Qudsi ada dinyatakan : "Dalam 1000 orang, hanya 1 orang sahaja yang akan masuk ke dalam syurga TANPA dihisab" (Sekadar khayalan / agakan pelukis) Semoga, Allah memilih kita untuk termasuk ke dalam golongan yang seorang itu. Rasa Lain Macam Sejak Dua Menjak Ini Sejak kebelakangan ini, entah mengapa saya rasa lain macam sangat. Saya rasa macam kematian sangat hampir. Bukan saya rasa nak mati dah, tapi saya rasa macam Allah boleh ambil nyawa saya pada bila bila masa. Setiap hari, di Facebook, siaran berita dan di Whatsapp group, ada saja terbaca dan terdenga...

Usia Sudah Melebihi Separuh Abad - Bagaimana Menghadapi Kematian

Imej
Perjalanan ke Jawa Tengah kali ini begitu memenatkan. Mungkin kerana agak tergesa-gesa mengejar waktu. Saya menuju Yogjakarta dalam keadaan jerebu tebal memenuhi ruang angkasa Sumatera. Pulau jawa juga hampi gelap dek jerebu. Jadi sebaik sampai di Yogja, setelah solat dan merebahkan diri di bilik hotel, terus terlelap. Keletihan menjadikan hasrat mahu menulis terpadam.  Sepanjang perjalanan kali ini, Pak Lang banyak membaca. Membaca biasanya membuka minda untuk merenung dan berfikir. itulah yang berlaku kepada pak Lang jika membaca. renungan pak Lang ialah kepada perjalanan hidup. Muhasabah diri mungkin.  Ketika saya merenung semula hari-hari dalam hidup saya yang sudah menjadi sejarah, rasa cemas dan bimbang mula datang. Umur yang semakin singkat ini benar-benar mencemaskan. Apa dan bagaimana keadaan Pak Lang bila dipanggi pulang oleh Allah ke negeri yang kekal abadi?  Teringat kawan-kawan yang sama-sama dalam kelas kami di Sekolah Kebangsaan Felda Guar Nap...

Koleksi Rakaman Nyaris Maut - Sepatutnya Menginsafkan....

Imej
                                             Animated pictures of amazing close calls. Demikianlah kematian sentiasa mendatangi kita. KLIK SUMBER