Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel WANITA

Wahai Wanita

Wahai Wanita Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana. Wahai Wanita Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.  Wahai Wanita Tudung tu. Tak kisah, nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you.  Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang. Tutup dada.  Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada.  Ini perintah Allah, bukan dari sapa-sapa Wahai Wanita Baju/kain/seluar tu.  Saya tau kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya faham. Ada rasa teringin itu ini.  Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat.  Islam tak larang kita nak berfesyen...

Hukum Aurat Wanita Muslimah Ketika Bersama Wanita Kafir

Imej
Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara...

Lelaki Kena Dera??? Baca Dulu KELEBIHAN Kaum Wanita!!

Imej
30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA 1. Lalai dengan solat dan longgar hubungan dengan Allah   2. Tidak menutup aurat di depan lelaki ajnabi 3. Tidak serius membaiki diri dengan menghadiri majlis-majlis ilmu agama 4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain 5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 9. Derhaka kepada suami - menolak sebarang hajat atau keinginan suami 10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 11. Mengingkari kebaikan suami, menafikan semua yang pernah diberikan suami 12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 15.  Keluar rumah dengan memakai minyak wangi yang menaik nafsu lelaki ajnabi 16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 17. Memandang aurat wanita lain 18. Keluar rumah tanpa ada keperlua...

4 Golongan Lelaki Ini Akan Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita-Wanita Dalam Hidup Mereka!!!

Jangan main-main dengan kaum wanita terutama yang dekat dengan kita di dunia. Mungkin mereka adalah ibu kita, isteri kita, anak perempuan kita atau adik perempuan kita!! 4 Golongan lelaki ditarik wanita Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama  serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul! PERTAMA - AYAHNYA Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. KEDUA - SUAMINYA Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. B...

Kenapa lelaki Perlu Bersimpati Terhadap Wanita?

Imej
Kita bersimpati dengan kaum wanita. Banyak hal yang mencabar berkaitan dengan nafsu, akal dan ehwal fizikal mereka. Mereka diciptakan Allah dengan penampilan lemah lembut dan bersahaja. Anehnya kerana di sebalik itu, wanita juga mempunyai kekuatan luar biasa. Bayangkan proses melahirkan anak pun sudah cukup membuktikan hal ini.  Wanita yang ditinggalkan suami masih sanggup menanggung dan membesarkan anak-anak dengan kudrat tulang empat kerat. Gigih dan penyabarnya mereka sudah diakui oleh semua. Jiwa yang kuat dalam menghadapi ujian atau kesulitan hidup menjadikan mereka gagah menongkah derita.  Dalam pada itu, wanita - secara semula jadi berperanan hamil dan melahirkan anak. Maka dalam banyak hal terdedah dengan risiko kesihatan yang lemah, jatuh sakit atau tidak sihat. Penjagaan kesihatan terutama selepas bersalin memang sangat penting diberi perhatian. Tidaklah boleh dilakukan sambil lewa. Para ibu tradisional sangat serius menjaga dan merawat diri sendiri. ianya ...

Jika Rusuk Kiri Bergetar Apa Tandanya?

Rusuk kiri bergetar   Ada seorang lelaki bertanya : 'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar?   Ada apa-apa maknakah?   Aljawab ;   Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat.   Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.   Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;   مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ “Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)   Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya baju yang d...