Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MANUSIA

Ciri Pada Mereka Yang Lebih Lima Tahun Tidak Menukar Nombor Telefon Bimbitnya

Satu analisa di lakukan di sebahagian negara, salah satunya  China, England, Amerika dan Korea Selatan. Analisa itu menghasilkan beberapa kesimpulan iaitu bilamana seseorang itu tak ubah nombor handphonenya sepanjang 5 tahun, maka bermakna orang itu termasuk di kalangan mereka yang dapat dipercayai. K enapa? Ianya memberi pertanda seperti berikut: 1. Tanda Setia Untuk anda yg tidak  pernah ubah nombor handphone sepanjang 5 tahun, tentunya anda termasuk juga orang setia.  Dengan kata lain, bila anda memiliki suatu hal tidak tahu samada barang ataupun pasangan, anda akan bertahan lama. Walau di luar sana beberapa pilihan yang lebih menarik. 2. Tanda Suka Bernostalgia Kenyataan menarik ke-2 yaitu anda termasuk juga orang yang sukai bernostalgia. Sebab, anda masihlah menginginkan beberapa sahabat yang telah lama menghilang karena alasan pekerjaan, pendidikan dsb bakal menghubungimu satu saat kelak. 3. Tanda Tidak Ada Masalah Dengan Orang Lain ...

Menjadi Sebaik-baik Manusia

Imej
Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس » Diriwayatkan dari Jabir berkata, ”Rasulullah SAW bersabda,’ Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) Dalam hadis yang lain - riwayat Ibnu Umar ra:  عن ابن عمر ، أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال :  يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله ؟ وأي الأعمال أحب إلى الله عز وجل ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس ، وأحب الأعمال إلى الله سرور تدخله على مسلم ، أو تكشف عنه كربة ، أو تقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، ولأن أمشي مع أخ لي في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة ، شهرا ، ومن كف غضبه ستر الله عورته ، ومن كظم غيظه ، ولو شاء أ...

Orang Rajin Tidak Perlu Membaca Yang Ini!!

Rajinnya Mereka Alangkah rajinnya mereka yang rajin.  Yang malas memang tetap akan malas. Tetapi yang rajin akan selalu berjaya. Habis…Kenapa aku tidak pilih rajin? Susah ker mahu jadi rajin? Buang sajalah perasaan malas tu. Buatlah apa yang sepatutnya dibuat. Buatlah dengan sepenuh hati. Lakukanlah dengan penuh semangat. Di situ ada kejayaan. Nanti di sana timbullah kepuasan. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah dalam caturan Tuhan. Jadi, apa yang perlu dirisaukan? Yakinlah janji Tuhan. Bukankah Nabi dah pesan…rebutlah 5 sebelum datangnya 5. Hayatilah pesan Nabi. Belajarlah untuk jadi rajin. Semua orang suka pada orang rajin. Orang malas pasti dibenci. Orang rajin pasti tak rugi. Maka pilihlah sendiri. Mahu jadi rajin yang disukai. Atau malas yang dicemuhi. Mana satu yang mahu dipilih?? Kredit Sumber; Blog Tok Wan

4 Model ManusiaMANUSIA

Jumaat, November 14, 2014 Apabila kita perhatikan manusia, kita akan menemukan 4 model ini: 1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia. 2. Orang yang taat tapi hidupnya susah. 3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia. 4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara. Bila anda berada pada nombor satu, itu hal biasa, karena Allah berfirman: «مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ» "Barang siapa yang mengerjakan amal shaleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, kmaka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". (An Nahl: 97) Bila anda berada pada nombor 4, ini juga hal biasa. Karena Allah mengatakan: «وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَ...

Manusia Mana Yang Tidak Pernah Membuat Kesilapan

Seringkali kita terlalu takut menempuh kegagalan apatah lagi kesilapan. Sedangkan segala sifat itu tidak pernah lari dari kehidupan kita. Ia sentiasa beriringan dalam sepanjang penghidupan kita selama ini. Kalau hidup tidak pernah buat salah kita akan merasakan hidup ini tidak membina. Kita tidak belajar erti berjaya. Sedar atau tidak untuk mengecapi kejayaan resepi utamanya  adalah menempuh kegagalan dahulu!.  Tidak ada manusia yang mula mencipta sesuatu hasil terus menjadi. Sebaliknya ia akan menempuh cubaan demi cubaan sehinggalah ia menghasilkan karya yang bermutu, berkualiti dan diminati!. Kekalahan atau kegagalan yang dihadapi bukan pelemah semangat tetapi penguat semangat diri agar kita bangkit dan belajar untuk memperbaiki diri serta memajukan diri.  Bukankah pepatah ada berbunyi ‘manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan’. Tapi kadang-kadang ramai diantara kita sering salah tanggapan berhubung pepatah tersebut. Setiap kal...