Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir
Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun bebas berenang di sana. Taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil. Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang. Lebih ...