Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ
Kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya. Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini. Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa b...