Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERSATU PADU

Bersatu teguh, Bercerai Roboh Itu Mudah!!

Untuk bersatu tidaklah payah. Syaratnya pun tidak sesulit mana untuk kita laksanakan. Bersatu dan berpecah sebenarnya lebih kurang sama syaratnya. Sepertimana mudahnya untuk bersatu, mudah juga untuk berpecah. Terpulang kita hendak pilih yang mana satu. Jika kita cenderung untuk bergaduh dan bercerai-berai, pilihlah syarat-syaratnya. Dan jika kita mahu bersatu padu dan berkasih sayang pilihlah pula syarat-syaratnya. Ada dua kelompok yang mudah kita lihat dalam berpadu atau berpecah. Secara semula jadinya manusia adalah makhluk Allah yang mudah untuk bersatu. Fitrah manusia lebih cenderung untuk bantu membantu dan bela membela. Manusia sebenarnya mudah untuk disatukan kerana hati mereka lebih sensitif kepada soal-soal insaniah dan kemanusiaan.  Sebaliknya binatang adalah spesis makhluk yang tidak ada hati dan tidak pula berakal. Binatang hanya ada nafsu. Keinginannya adalah untuk kepentingan dirinya. Itulah yang Allah tentukan untuk binatang. Kehidupan binatang ialah yang ...