Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - GANTI MB

Dalam Masa 5 Tahun Sebagai MB, Apa Jasa Tan Sri Khalid?

Imej
   Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008. Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, lapor Selangor Kini. Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf. “Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz. “Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar. Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikma...

Khalid Ibrahim Yang Dikagumi..

Imej
Abdul Khalid bersalaman dengan kakitangannya pada Sambutan Perpisahan Menteri Besar Ke-14 di Bangunan Kerajaan Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin. 
- fotoBERNAMA  "SAYA berkhidmat lebih 30 tahun di Selangor, bawah beberapa menteri besar, saya tak pernah lihat majlis perpisahan sebegini," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang merasa bertuah dapat bekerja bersama Khalid. Beliau juga meluahkan kekaguman beliau melihat sambutan majlis perpisahan ini. Pada hari terakhirnya sebagai menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menunjukkan beliau lebih banyak bekerja dari berpolitik. Bersama dalam majlis yang dimeriahkan lebih 200 kakitangan kerajaan negeri, Khalid menasihatkan mereka supaya bekerja keras tanpa memperdulikan drama orang politik. "Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja. "Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan d...

Azmin MB Baru Restu PKR, PAS Ucap Tahniah.

Imej
  KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, hari ini. Salinan surat berkenaan diedarkan kepada pihak media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.  Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti. Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor. Azmin mengesahkan kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Tr...

Sah!! Azmin Ali Akan Mengangkat Sumpah Sebagai MB Selangor Yang Baharu

Imej
           Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut sumber, surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sudah diterima Azmin. Azmin dikatakan sudah mengunjungi ibunya memohon restu sekaligus mengadakan kenduri kesyukuran di atas pengakhiran 'drama krisis Menteri besar' yang memihak padanya. Hari ini, 23 September, sekali lagi sejarah baru negeri Selangor akan. Sejauh mana Azmin selaku Menteri Besar yang baharu mampu meneruskan kecemerlangan Tan Sri Khalid. Rakyat pasti akan menjadikan prestasi Tan Sri Khalid sebagai kayu ukur keupayaan Azmin.  Di satu sudut yang lain, bagaimanakah rentak kepimpinan seorang menteri besar yang dilihat akan dibayangi secara langsung oleh mentornya - Penasihat ...

MB Selangor Yang Akan Dilantik Jumaat Ini Sudah Diketahui?

Imej
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad tidak tahu beliau bakal megangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu turut menafikan dipanggil untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti dilaporkan media semalam. "Saya tidak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini," katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor itu melalui akaun Facebooknya. Semalam beberapa portal berita dan blog melaporkan Iskandar akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini.  Beliau juga dilaporkan dipanggil mengadap Sultan di samping 2 lagi exco PAS Selangor iaitu Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi. Iskandar berkata, beliau kini memberikan tumpuan kepada anaknya Ismail yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.  Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menges...

Penghinaan Terhadap Tuanku Sultan Itu Adalah Penghinaan Kepada Bangsa Melayu

Tulisan menarik berikut diambil dari blog PAK ASPAN . Sila renungkannya!!   Tuanku Sultan Selangor yang terkenal dengan imej seorang Raja berjiwa rakyat sepatutnya tidak di ingkari oleh DAP dn PKR kerana undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas yang Tuanku Sultan mempunyai kuasa untuk memilih siapa Menteri Besar di negeri dan jajahan takluk Baginda. Tuanku telah begitu bermurah hati untuk meminta nama-nama cadangan dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Baginda meminta setiap parti mencadangkan lebih dari dua nama untuk Baginda lantik salah seorang dari nama yang dicadangkan itu sebagai Menteri Besar. Kuasa melantik itu adalah kuasa Tuanku Sultan. Melantik seorang Menteri Besar itu adalah kuasa Sultan bukannya kuasa parti-parti politik. Politik hanya menghantar wakil-wakil dari rakyat ke Dewan Undangan. Jika Tuanku yang berjiwa rakyat itu bersabar melihat kerenah pemimpin politik tidak ada sebab satu permintaan Baginda diberikan cadangan lebih dari dua nama sebagai cal...

Bagaimana PAS Melepasi Ujian Mutakhir Ini?

Imej
Kewujudan dua kelompok dalam PAS sudah semakin ketara. Kelompok profesional dan ulama kelihatan sudah tidak boleh duduk semeja. Masing-masing punya gagasan sendiri. Apakah yang akan berlaku jika keadaan ini tidak diperbaiki atau diselesaikan? Pihak profesional melihat keterusan bersama Pakatan Rakyat adalah suatu yang perlu demi memastikan gelombang 'kebangkitan rakyat' sampai ke Putrajaya pada PRU akan datang. Kelompok ulama pula sudah tidak tahan dengan PKR yang dikatakan tidak mengamalkan sikap musyawarah dalam mengendalikan pakatan.  Tahalluf siyasi PAS bersama PR ada syarat rukunnya. Salah satu rukun terpenting ialah PAS mesti terlibat dalam membuat keputusan dalam apa jua langkah PR. Terbukti 'Langkah Kajang" adalah contoh PAS diketepikan secara murahan oleh pihak berkenaan. Ini adalah salah satu hal yang sangat terkesan pada PAS di samping banyak lagi yang lain.  Ianya merupakan ujian kepimpinan kepada Presiden PAS. Semoga Allah selamatkan umat isl...

Akhirnya.. MB Selangor Yang Baru Akan Di Umumkan

Imej
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP. Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini. "Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas. "Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). "Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. ~tmi

Ciri-ciri MB Menurut Sultan Selangor - Bukan Boneka!!

Imej
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda. “Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri. “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu. Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. “Seseorang itu...

Bongkar!! Anwar Dedah Sebab Khalid Ibrahim Disingkirkan daripada Parti

Imej
‘Tak peduli’ Punca Utama Khalid disingkirkan, Dedah Anwar [The Malaysian Insider] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada dalam dilema sebelum memutuskan untuk menyingkirkan rakan karib mereka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, daripada parti. Anwar berkata beliau dan isteri menganggap Khalid sebagai keluarga terdekat, dan pada mulanya sering mempertahankan menteri besar (MB) Selangor itu apabila diserang ahli parti sendiri yang mengeluh tentang kelemahannya. Tetapi akhirnya terpaksa membuat keputusan setelah mendapati kesalahan besar Khalid adalah sering menunjukkan sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat. "Azmin tahu, Majlis Pimpinan Negeri (Selangor) bertahun-tahun minta tindakan saya pertahankan," kata Anwar merujuk kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. "Saya tak setuju dengan tindakan itu semua. Saya pernah pegang tangan Tan Sri Khalid; 'banyak perkara yang baik dilakukan tapi deng...

Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?

Imej
“Jika pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4 hingga 5 kerusi,” kata pegawai PKR yang enggan dikenali lapor The Malaysian Insider ... Takkan PAS saja yang hilang kerusi kot? PKR tak hilang langsung ke?.. siapa saja yang memberikan kenyataan ini kepada The Malaysian Insider boleh dianggap syok sendiri.. Sebabnya kalau PRN ini menyebabkan PAS kehilangan kerusi, PKR juga akan mengalami nasib yang sama. Dengan situasi semasa, penyokong PAS dijangka memboikot atau melakukan sabotaj terhadap mana-mana calon PKR yang bertanding di kawasan mereka. Oleh itu PKR juga dijangka kehilangan hampir separu dari jumlah kerusi yang sedia ada kini.. Ditambah pula dengan kajian UmCedel yang mengatakan peratus yang menyokong PR telah menyusut sekurang-kurangnya 30%.. sekurang-kurangnya 15 kerusi tergugat... lihat di ( SINI ) Yang terkesan ialah PKR dan PAS dalam krisis MB ini manakala DAP dijangka tida...

Bersangka Baiklah Dengan Sultan

Apa yang Pak Lang nyatakan dalam paparan sebelum ini mengenai isu calon MB Selangor adalah senada seperti diperkatakan dalam banyak blog lainnya. Semuanya memberi respon negatif terhadap ramainya pimpinan di kalangan Pakatan Rakyat yang memperkatakan isu ini yang tambah memburukkan suasana. Bacalah seterusnya apa yang dipaparkan saudara Shahbudin dalam blog beliau: (Dari Blog Shahbudin ): Bersangka Baiklah Dengan Sultan  Apabila PR akhirnya mencapai konsensus berhubung pengganti Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, sepatutnya semuanya sudah berakhir dan tidak perlu ada sosek-sosek lain lagi berhubung isu itu. Apatah lagi Sultan Selangor sendiri sudah memendekkan pemergiannya ke keluar negara dan akan pulang ke tanahair pada 23 Ogos, semua pihak sepatutnya menunggu saja keputusan dan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan kemelut ini. Sama ada Sultan akan menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, menolaknya, mahukan nama lain atau bersetuju dengan...

Wanita Sebagai Pemimpin/MB, Pas Terpaksa Terima.. - SU M/Syura

Imej
K/T'GANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu , namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit. Demikian Lapor Sinar Harian hari ini. Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira. “Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti. “Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab a...

Semuanya Terhenti Pada Sultan Selangor - 'Langkah Kajang' Tidak Semudah Yang Dijangka!!

Imej
   Seperti yang blog ini perkatakan sebelum ini, pandangan perundangan dan pandangan kemanusiaan tidaklah sama. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh siapa sahaja yang berpolitik di Malaysia.  Atas kertas, undang-undang kelihatan menguasai semua sudut pemerintahan negeri atau pentadbiran pusat. Tetapi sultan yang ada, tetaplah manusia. Sultan - secara undang-undang hanya untuk mengesah-restu apa-apa yang dimaklumkan (baca dinasihatkan) oleh MB di negeri atau Perdana Menteri di peringkat kerajaan persekutuan (Yang Di Pertuan Agong). Sistem raja berperlembagaan di negara ini sangat unik. Ianya memerlukan hubungan baik dan serasi antara sultan dan penguasa ekskutif kerajaan negeri dan persekutuan. Jika sultan tidak bersetuju atau tidak berkenan, apakah kuasa udang-undang yang boleh dilaksanakan? Di sinilah kemelut politik negeri Selangor akan menjadi kusut dan sulit bagi Pakatan Rakyat. Ianya tidaklah mudah melainkan PR bersetuju sahaja dengan sesiapa yang ...

Berani! - Khalid Samad Bangkitkan Isu Kuasa Sultan Sekali Lagi!!

Imej
Para pengguna Internet (netizen) kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Netizen berkata, kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan. "Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwa Khalid pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini berkata. Pakatan memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Az...

DUN SELANGOR - Antara Majoriti Dan Minoriti

Bahan berikut adalah dari Blog Pak Aspan. Ianya dipaparkan sudah hampir seminggu. Cuma, Pak Lang rasa isinya relevan untuk menjadi renungan kita sekarang. Semoga ada manfaatnya. Betulkah yang majoriti itu benar, yang minoriti itu salah? TS Khalid Ibrahim berkata Wan Azizah perlu membuktikan yang beliau telah mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri melalui proses undi tidak percaya terhadapnya. Dakwaan Wan Azizah yang beliau mendapat sokongan seramai 30 orang dari 56 Ahli Dewan Undangan Negeri itu wajar diterjemahkan dengan undian, dan ia perlu dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap beliau di dalam Dewan Undangan apabila Dewan bersidang pada November ini. Sememangnya lah begitu. Buktikan dakwaan President PKR itu yang beliau mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri secara resmi dan muktamad. Tetapi sehingga usul tidak percaya itu dilakukan TS Khalid tetap Menteri Besar. Itu hanya akan boleh dilakukan setelah Tuanku Sultan kembal...