Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DOA

Siapakah 11 Golongan Yang DiDoakan Para Malaikat?

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
 Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'” 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang...

Kisah Doa Seorang Rakyat

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.  Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.  Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut. Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya.  Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa.  Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi. Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut.  Beberapa kali dicuba, namun tiada.  Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan.  Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya.  Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.  Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu. Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.  Kepada jiranku juga harus diberikan.  Selebihnya barulah aku jualkan.  Demikian nelayan i...

Hebatnya Doa Sesama Mukmin

Dicatat Kebaikan Sejumlah Mukmin & Mukminat Yang Didoakan Keampunan  عن عبادة بن الصامت ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً “Siapa yang beritighfar (meminta ampunan) untuk orang-orang beriman laki-laki dan perempuan maka Allah akan mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”(HR. al-Thabrani No : 2019) .  Pengajaran: 1.  Antara tuntutan iman adalah kewajipan memelihara ukhuwah sesama Mukmin. 2.  Satu daripada tanda ukhuwah dan mencintai saudara Mukmin yang lain ialah saling mendoakan kebaikan.  3.  Antara doa yang dititip ialah permohonan keampunan kepada sesama Mukmin. Berharap agar Allah memberikan ampunan atas dosa-dosa mereka dengan dihilangkan dosa tersebut dari mereka. Antara lafaz doa keampunan untuk mukmin yang lain: رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي ...