Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DUNIA TEMPAT UJIAN

Dunia Adalah Penjara Mukmin, Syurga Orang Kafir

Kredit Sumber KLIK SINI  :عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ » رواه مسلم  Dari Abu Hurairah -semoga Allah meridhainya- dia berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: ((Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir)) H.R. Muslim.Faedah-faedah dari hadits yang mulia ini diantaranya: 1. Hadits ini memiliki dua tafsiran: Dimisalkan dunia seperti penjara bagi mukmin iaitu seorang mukmin, keimanannya mengikat dirinya dari hal-hal yang terlarang adapun orang kafir berbuat apa saja yang ia kehendaki. Makna kedua: seorang mukmin walaupun ia orang yang paling nikmat hidupnya di dunia jika dibandingkan apa yang Allah janjikan baginya di surga, maka dunia itu seperti penjara. Dan orang kafir kebalikannya. Sesungguhnya ia walaupun ketika di dunia adalah orang yang paling sengsara, itu jika dibandingkan dengan siksa neraka maka dunia itu sur...

Para Suami Kena Belajar Hal Ini - Kenapa Perlu Kejut Isteri Walaupun Jam 3 Pagi

Imej
Dari facebook Cik Atenn Azlan Alkisahnya pukul 3 pagi; Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata. 'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak' Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati. 'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak' 'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?' Aku diam. 'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun' 'Sejuk la awak'. Jawab aku. 'Ok kejap' Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter. 'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak bole...

Baru Saja Banjir Melanda, Sekarang Akan Kemarau Pula!!

Imej
Malaysia negara 2 musim. Musim panas dan musim hujan. Sepatutnya setiap 6 bulan Malaysia akan mengalami cuaca yang ketara berbeza.  Keadaan ini mungkin berlaku di negara kita 30 - 40 tahun dahulu. Sekarang sudah macam-macam jenis cuaca yang terjadi. Fenomena alam berbagai bentuk. Puncanya ditafsirkan dari berbagai alasan sains dan geografi.  Itulah manusia. Jarang mahu kaitkan apa yang terjadi dengan kuasa Allah. Sedangkan Allah maha mengasihi hamba-hambaNya. Perubahan cuaca, pergiliran malam dan siang, terang dan gelap, panas atau sejuk, kemarau atau banjir adalah peringatan Tuhan untuk umat manusia. Semoga manusia berfikir dan merenung kembali kepada Allah yang mencipta Allah. Allah mengajak kita kembali merujuk taat dan patuh dengan kehendakNya.  Setiap musibah adalah dari kerja-kerja tangan manusia yang rakus. Manusialah yang merosakkan kehidupan, persekitaran dan keselesaan mereka sendiri. Hutan-hutan diteroka dengan sekelip mata. Akibatnya sengsara di ...

Kisah Sedih Penderitaan Hidup Adik Fatini Penghidap Kanser Tulang Tahap Empat

Imej
Sebak hati ini melihat wajah Adik Ainul Fatini Zamri yang tinggal di Batu Lima Sik, Kedah yang sedang menghitung nasibnya tatkala kanak-kanak lain seusianya sedang seronok bermain diluar sana. Adik Ainul Fatini Zamri anak keempat dari lapan adik beradik ini telah disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat pada bulan mei lalu kini sudah tidak bermaya. Dari seorang pelajar yang ceria dan cemerlang beliau kini terlantar di rumahnya tidak bermaya dan menderita menahan sakitnya. Kami di Siakapkeli sekali lagi bekerjasama dengan Puan Natipah iaitu seorang aktivis sukarela yang giat membantu orang ramai telah melawat adik Fatini di rumahnya. Luluh hati Puan Natipah melihat keadaan adik Fatini, sebagai seorang ibu beliau dapat rasakan apa yang di tanggung oleh ibu adik Fatini. Berikut adalah luahan hati beliau selepas sempat melawat adik Fatini. "Sebaknya hati melihat dia sekejap bangun, sekejap duduk sambil mengaduh kesakitan. Duduknya tidak lagi sempurna seperti...

Bila Musnahnya Segala Tempat Mengadu Selain Allah

Siti Aisyah r.a.ha merasakan dunia terlalu sempit, menghimpit, siang bagaikan malam yang pekat, sehari dirasakannya bagai sebulan bahkan setahun. Begitulah bila segala tempat mengadu telah dirobohkan selain hanya pada Allah. Allah menciptakan suasana itu pada hamba-hambaNya mengikutlah Maha Bijaksana Allah terhadap tadbirNya ke atas makhluk. Walhal bukan tidak ada suami, malah suaminya adalah seorang Rasul, kekasih Allah bahkan bagindalah Penghulu dan Penutup sekalian Rasul. Segala keistimewaan bagi seorang hamba, tiada seorang Rasul pun dapat menandinginya apatah yang bukan Rasul. Tetapi bila Allah lakukan satu proses, maka Rasulullah saw sendiri pun akur dan taat menunggu keputusan dari Allah. Kisah seorang wanita yang begitu khusyuk dan tidak rehat-rehat bertawaf lalu seorang ulama sufi yang perasan keadaan itu cukup berminat untuk tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, maka dia pun bertanya,” “Maafkan kami kerana ingin bertanya dan ingin memahami situasi puan. Bagaiman...

Orang Yang Istimewa Di Sisi Tuhan - Bagaimana Sudahnya Hayat KIta?

Dunia hanyalah tempat ujian dan 'peperiksaan'. Dunia adalah tempat menempuh bala bencana dan juga tempat menerima nikmat kesenangan. Tuhan jadikan ujian samada berbentuk kesusahan, kesakitan dan kesengsaraan atau berbentuk kesenangan, kemewahan dan kesejahteraan untuk menguji siapa di kalangan hamba-hambaNya yang terpilih sebagai orang istimewa. Dari ujian yang dipergilirkan di kalangan umat manusia, Tuhan membahagikan manusia kepada pelbagai golongan dan peringkat. Ianya adalah nilaian berupa tinggi atau rendahnya pangkat keistimewaan setiap orang di sisi Tuhan. Tentulah nilaian itu bergantung pada bagaimana seseorang itu menghadapi ujian. Lulus atau tidak dilihat pada hati dan tindakannya. Adakah dia bersabar dan redha dengan ujian kepayahan, kesakitan dan sebagainya. Dan bagaimana pula dia menghadapi kesenangan; adakah bersyukur dengan bertambah rasa takut, bimbang dan cemas atau terus lalai dari mengingati Tuhan yang mengurniakan segala-galanya. Walaubagaimanapun, orang-...