Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah

Imej
Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1434H jatuh pada 4 November 2013 (Isnin) dan 1 Muharram 1435H jatuh pada 5 November 2013 (Selasa). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1434H) dan doa awal tahun (1435H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah…. Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (Lepas Asar hari Isnin) Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Ertinya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku te...