Penipuan Juruwang Di Kaunter Petronas?
Kisah berikut bukanlah pengalaman Pak Lang. Pak Lang hanya paparkan di dalam blog ini untuk pengetahuan kita semua dan berjaga-jaga. Pak Lang sendiri kalau mengisi minyak akan pesan pada anak-anak supaya tengok bacaan meter minyak yang masuk ke tangki. Sekurang-kurang kita pastikan sendiri. Ianya adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai penguna. Pihak Petronas atau pemiliknya tentu tidak berniat menipu dan sebagainya. Cuma hal sebegini terdedah pada kesilapan dan kekhilafan manusia yang sifat semula jadinya mudah lalai, tersilap dan tersalah. Bacalah... Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan....... Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…) Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Say...