Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ROMPAKAN AMBANK

Rompakan Ambank: Pertanyaan Terakhir Pegawai Bank kepada Suaminya

Imej
IRWAN Kamarudin menabur bunga rampai bersama dua anaknya, Mohd. Hazimy, 8,  (dua dari kanan) dan Nurnisa Nabilah, 12, (kanan) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Ayer Hitam, Labu, Kampar, Perak, malam tadi. "Awak sayangkan saya?" ungkapan terakhir arwah kepada suami [UM] KUALA LUMPUR 24 Okt. - "Awak sayangkan saya tak?" Itulah pertanyaan terakhir Norazita Abu Talib, 37, pegawai operasi AmBank yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri dalam rompakan di Jalan USJ Sentral 2, semalam, kepada suaminya, Irwan Kamarudin, 37. Menurut Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi, ungkapan itu diluahkan Norazita ketika menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbitnya kira-kira sejam sebelum kejadian. "Saya terima panggilan telefon itu pukul 5.15 petang yang semata-mata mahu bertanyakan soalan sama ada saya menyayangi dia. "Selepas saya menjawab bahawa saya sayangkan arwah, dia terus memberitahu dia sedang sibuk dan terus mematikan ...