Was-Was Dalam Ibadah
Seseorang yang terhinggap penyakit waswas , pasti sangat tersiksa, kerana sebenarnya dia mengalami halusinasi, merasa terjadi sesuatu yang menimpa dirinya padahal tidak terjadi. Penyakit ini merata walaupun ianya tak dihebohkan. Walapu. Umumnya was-was ini terkena pada individu yang mahu lakukan ibadah di tahap yang paling sempurna. Keghairahan mahu buat yang sempurna terutama dalam ibadah diambil kesempatan oleh syaitan untuk mengganggunya dengan was- was. Isunya pelbagai. Ikut di sudut mana individu berkenaan mahu serius. Maka di sudut itulah syaitan menyuntik rasa tak puas dan rasa tak sempurna dalam ibadah yang dilakukan. Suntikan syaitan ini jadi semakin kuat bila individu berkenaan mula mahu mengikut hujjah syaitan. Mulalah was-was terjadi. Sekali terjadi, ianya akan berulang dan berulang dan berulang tak habis-habis!! Terkadang lepas waktu solat, dia merasa dirinya kentut, seolah-olah ada perasaan keluar angin dari duburnya. Atau ada juga yan...