GISB HOLDINGS Sdn Bhd Wujud Di Merata Dunia - Apa Rahsianya?
Tuan Nawawi (blogger matahati.blogspot) masih berada di Turki. Tentu banyak pengalaman yang sudah dialami. Tentu pula banyak maklumat berkenaan negara Turki terutama tentang sejarahnya yang dapat diselongkar sepanjang 3 bulan di sana. Kebetulan sehari dua yang lalu Perdana Menteri Turki sedang berada di Malaysia. Hubungan diplomatik dan kerjasama yang terjalin semakin mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di negara Turki dan begitu juga sebaliknya. Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Kementerian Pelancongan Malaysia sudah menyasarkan kedatangan pelancong dari Turki melebih 13,000 orang berbanding 9,000 orang pada tahun 2013. SILA BACA DI SINI Menariknya Tahun Melawat Malaysia ini berlaku pada tahun ini. Dan apabila pelancong Turki menjadi kelompok sasaran, ianya bermakna keuntungan bagi kedua-dua negara. GISB Holdings sudah mempunyai rangkaian di Turki. Sekurang-kurangnya di Istanbul, sudah ada restoran, pejabat perhubungan, agen pelancongan, kenderaan dan tempat penginapan....