Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kisah Dari Hadis

Kisah Seorang Pejuang Yang Kalah

Imej
Sepasang suami isteri itu hidup tenteram di awal kehidupan mereka bersama. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan mereka beribadah dengan tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi setelah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekati mereka. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Ramai juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangannya laris. “Ini syirik,” fikir lelaki yang alim tadi. “Ini harus dibanteras habis-habisan. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menye...