Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MESIR

Menjejaki Maqam Para Sahabat Dan Auliya' Di Bahnasa, Mesir

Imej
Assalamualaikum wbt, alhamdulillahi rabbil 'alamin..Tiadalah sesuatu yang berlaku di dunia ini tanpa izinNya..Pada hari ini, ana dan sahabat2 yang lain telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menjejakkan kaki kami ke tanah yang penuh barakah,iaitu bumi Bahnasa. Bahnasa adalah nama sebuah perkampungan dalam daerah Bani Mazzar yang terletak di dalam muhafazah (negeri/wilayah) El-Menia, iaitu sebuah muhafazah dari 27 buah muhafazah di Mesir.. Bumi Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya banyak jasad2 para sahabat Rasulullah SAW dan orang2 yang mulia.Terdapat hampir 400 orang pemimpin/tokoh dalam kalangan para sahabat RA yang dikebumikan di sana.Di antaranya ialah: -Saidina Ali bin 'Uqail bin Abi Thalib RA -Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA -Saidina al-Hussain bin Soleh bin al-Hussain bin Ali bin Abi Thalib RA -Saidina Ziyad bin Abi Sufyan bin al-Harth bin Abd Mutalib bin al-Abbas bin Abi Lahab Di tanah Bahnasa ini juga bersemadinya j...