Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERKAT

Mengambil Berkat (Tabarruk) Dengan Rambut Nabi SAW?

Para ulama telah sepakat atas bolehnya bertabaruk dengan kesan-kesan peninggalan Rasulullah s.a.w. samada rambutnya, peluhnya dan selainnya. Alasannya, ada dalil atas yang demikian itu. ، فَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا رَمَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَمْرَةَ وَنَحَرَ نُسُكَهُ وَحَلَقَ نَاوَلَ الْحَالِقَ شِقَّهُ الْأَيْمَنَ فَحَلَقَهُ ثُمَّ دَعَا أَبَا طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيَّ فَأَعْطَاهُ إِيَّاهُ ثُمَّ نَاوَلَهُ الشِّقَّ الْأَيْسَرَ فَقَالَ احْلِقْ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أَبَا طَلْحَةَ فَقَالَ اقْسِمْهُ بَيْنَ النَّاسِ ) رواه مسلم (1305) Terjemahan: Dari Anas bin Malik ia berkata; Setelah Rasulullah s.a.w.melontar Jamrah, menyembelih haiwan korbannya dan setelah mencukur rambutnya, baginda meminta tukang cukur untuk mencukur kembali rambutnya yang sebelah kanan. Kemudian baginda memanggil Abu Thalhah Al Anshari dan memberikan rambut tersebut kepadanya. sesudah itu, baginda kembali meminta untuk dicukurkan rambutnya yang sebelah kiri sambil...

Berkat dan Tabarruk Itu Disyari'atkan, Jadikan Ia Keutamaan Dalam Hidup

Imej
Keharusan tabarruk (meminta berkat) menurut yang disyari'atkan Berkat dan tabarruk (meminta berkat) saling berpaut antara satu sama lain kerana berkat tidak akan dapat diraih tanpa perbuatan tabarruk dan usaha untuk bertabarruk tidak akan mendapat apa-apa jika Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mewujudkan berkat pada sesuatu perkara itu. Dalam perkara tabarruk (meminta berkat) mesti tidak terlepas dari dua perkara, iaitu: 1- Tabarruk yang harus iaitu bertabarruk dengan sesuatu yang diketahui ada disyari'atkan di dalam Islam seperti bertabarruk dengan al-Qur'an yang memang mempunyai banyak kerberkatan. 2- Tabarruk yang dilarang iaitu bertabarruk dengan sesuatu yang tidak disyari'atkan di dalam Islam seperti bertabarruk dengan batu atau kubah. Kadangkala tabarruk itu disalah anggap oleh sebilangan orang dengan mempercayai dan melakukan perkara yang sama sekali tidak disyari'atkan, malah bertentangan dengan akidah Islam seperti perbuatan yang...