Kisah 2 Remaja Di Zaman Rasulullah SAW
2 orang adik-beradik dari kaum Ansar (penduduk asal Madinah) iaitu Muaz bin Afra' & Auf bin Afra'. Seorang berumur 15 tahun & seorang lagi 16 tahun. Di manakah posisi mereka di dalam peperangan Badr? Mereka berdua berada di kiri & kanan Abdul Rahman bin Auf. Salah seorang berbisik ke telinga Abdul Rahman dengan bisikan agar saudaranya yang di sebelah kiri Abdul Rahman tidak mendengar bisikannya. Begitu juga hal yang sama dilakukan oleh saudaranya yang duduk di sebelah kanan. Kerana mereka berlumba mahu terlebih dahulu mendapatkan Abu Jahal. Apa yang dibisikkan mereka? Mereka berbisik: "Wahai pakcik, adakah pakcik kenal Abu Jahal? Aku mendengar dia orang yang paling kuat menentang dakwah Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ & paling banyak menyakiti Baginda. Tunjukkan kepadaku yang mana satu dia kerana aku mahu membunuhnya." Siapa Abu Jahal? Ketua...