Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KES PERCERAIAN

Hukum Lafaz Cerai Taklik Yang Mempunyai Maksud Sumpah

Apakah implikasi hukum terhadap lafaz cerai taklik yang mempunyai maksud sumpah untuk melakukan sesuatu perkara yang dilarang/haram. PENJELASAN: Cerai taklik bermaksud suami melafazkan lafaz cerai yang dihubungkan dengan sesuatu syarat (Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, jil. 7, hlm. 444; Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah, jil. 7, hlm. 471). Cerai taklik dibahagikan kepada dua jenis; pertama cerai taklik yang dinyatakan syarat tanpa mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata kepada isterinya, "Jika aku tinggalkan isteriku selama lima bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah, isteriku tercerai." Kedua, cerai taklik yang mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata, "Jika aku tipu engkau, isteriku aku cerai." Jenis cerai yang pertama, syarat yang dinyatakan dalam cerai taklik adalah berkuatkuasa selama mana syarat itu bukan sesuatu yang mustahil berlaku. Jika sesuatu yang disyaratkan itu berlaku, maka jatuhlah tala...

ak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin - Rozana Dedah Awie (Wings)

Imej
  Rozana (tengah) bersama peguamnya iaitu Rubiah Jaffar (kiri) dan Majdah Muda. KL: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu. Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu. "Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod. "Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar O...

Mengejutkan!! Benarkah 10 Ribu Pasangan Memohon Cerai di Pejabat Agama di Semenanjung Setiap Bulan???

Pak Lang berada di salah sebuah negeri selama 2 hari untuk bertemu dengan Sohibus Samahah Mufti Negeri serta beberapa pegawai agama daerah. Pak Lang mengenali mereka sejak di Mesir. Hubungan masih mesra, ramah dan penuh dengan gurauan. Maklumlah mereka tahu Pak Lang beristeri empat. Tentu sangat mengujakan mereka.  Kebetulan berada di pejabat mereka, Pak Lang sempat bersembang dengan petugas di kaunter depan pejabat agama daerah berkenaan. Sengaja Pak Lang bertanya khabar tentang hal-hal yang menjadi rutin tugas mereka seharian. Untuk berkenalan dan berbual mesra dengan sesiapa pun yang baru dikenal, bukanlah masalah jika kena dengan pendekatannya. Itulah yang Pak Lang lakukan untuk dapat bersembang dengan dua orang petugas wanita berkenaan. Ruang menunggu yang masih ramai orang sedang menanti giliran menjadikan Pak Lang memilih bertanyakan soalan yang pasti menarik. "Banyakkah pasangan yang datang mendaftar cerai kat pejabat ini?" Itulah soalan awal Pak Lang. Soala...