Sedekah Dari Usahawan
Salam sejahtera... Pada artikel ini dikongsikan hasil nukilan seorang usahawan yang menggunakan media internet sebagai landasan utamanya untuk menjalankan perniagaan. Beliau (gambar di atas) ialah bernama Eruwan Gerry Norsen. Beliau terkenal dalam bidang penulisan, motivasi dan usahawan lelongan online. Berikut adalah hasil penulisan beliau berdasarkan tajuk di atas : Pemberian sedekah merupakan satu amal ibadah yang dituntut di dalam Islam. Pahala yang diberikan Allah S.W.T amat besar sekiranya kita mampu memberikan sedekah dengan hati yang ikhlas, lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Ganjaran perbuatan sedekah yang ditawarkan pada bulan mulia ini hanya Allah S.W.T yang mengetahui nilainya. Di dalam ruangan artikel pada kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkongsi cara bagaimana anda boleh memasukkan elemen sedekah di dalam bisnes internet seharian anda. Mari kita mulakan... 1. Sedekah Barang Fizikal Sekiranya anda merup...