Bencana Bertimpa-Timpa Ke Atas Umat Islam - Apa Solusinya?
Ketika dunia sedang bergelut dengan isu tragedi MH17 ditembak jatuh, Israel mengambil kesempatan menambahkan derita rakyat Pelastin. Keganasan Israel terhadap umat Islam Pelastin lebih dahsyat daripada serkahan binatang buas. Mereka bermaharajalela sewenang-wenangnya tanpa menghirau kutukan masyarakat antarabangsa. Dalam keadaan dunia sedang teralih perhatian kepada isu gempar MH17 ditembak jatuh, Israel mempunyai tempuh masa yang lebih selesa menyembelih umat Pelastin. Masih kita ingat, di saat dunia Islam berjaya di'sibukkan' dengan Bola Sepak Piala Dunia lebih sebulan yang lalu, Israel menghentam dan membunuh umat Islam Gaza tanpa bangkangan. 'Pejuang-pejuang diplomatik' gagal meneruskan 'usaha damai' mereka dengan Israel. Umat Islam Gaza hanya mampu menjerit dan meraung tetapi dunia Islam lebih terarah untuk menonton aksi-aksi menarik di Brazil - Piala Dunia. Allah!!! (Sila baca "Ketika kita sedang tidur atau menonton Piala ...