Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PUASA

Buka Puasa Ikut Sunnah

Berbuka puasa adalah salah satu kenikmatan Allah ta’ala yang dirasakan oleh orang yang berpuasa. Kenikmatan tersebut termasuk kegembiraan yang diawalkan bagi orang yang berpuasa di dunia sebagaimana sabda Nabi SAW: وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ “Dan bagi orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, yaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya” (Al-Bukhari).   Oleh kerana itu, sesuatu yang biasa-biasa saja kita makan di luar waktu puasa bulan Ramadhan, seringkali menjadi luar biasa ketika kita makan ketika berbuka puasa. Segelas air putih dan sepotong ubi goreng yang sejuk pun dapat terasa sangat nikmat ketika berbuka. Berbukanya seorang muslim yang baik tidak sekadar dengan cara ‘membatalkannya’ melalui makan minum saja atau yang penting perut terisi dan kenyang.  Ada beberapa tuntunan dari Nabi  SAW y ang jika kita meneladaninya, dapat menjadikan amalan berbuk...

Panduan Berpuasa Bagi Pesakit

Perkara berkaitan rawatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA: 1)   Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga) - hanya untuk luaran iaitu bahagian yang dapat dilihat sahaja. Jika cecair pastikan ianya tidak mengalir masuk ke bahagian dalam telinga. 2)  Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung. 3)   Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu; 4)    Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah; 5)    Pendermaan atau pemindahan darah; 6)    Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit; 7)     Pe...

Panduan Ilmu Tentang Puasa

Niat Puasa -  "Sahaja aku berpuasa,  pada esok hari  kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan  pada tahun ini  kerana Allah Taala" Syarat Wajib Puasa :- 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Sihat 5. Bermukim (Tidak Musafir) 6. Suci (Dari Haid Dan Nifas) Syarat Sah Puasa :- 1. Islam 2. Berakal & Mumayyiz 3. Suci (Dari Haid Dan Nifas) 4. Nyata masuknya bulan Ramadhan Rukun-Rukun Puasa:- 1. Orang Yang Puasa 2. Berniat 3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa Perkara Yang Membatalkan Puasa :- 1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja 2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka 3. Muntah Dengan Sengaja 4. Keluar Haid & Nifas 5. Gila 6. Murtad 7. Keluar Mani Dengan Dengaja 8. Bersetubuh Di Siang Hari Perkara Sunat Ketika Puasa :- 1. Segera Berbuka Puasa 2. Berbuk...