Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AKHIRAT

Allah Itu "Owner", Allah Itu Pemilik Kerajaan Dunia Akhirat

Di dalam kehidupan kita seharian, kita semua termasuk orang yang lebih mementingkan dunia dan kesenangannya. Dunia dan nafsu menjadi fokus dalam segenap hal dan keadaan. Semakin hari semakin tamak dengan dunia. Aktiviti mengejar dunia berlaku secara serius dan sepenuh hati.  Di sisi Allah, akhirat itu 'lebih utama dan lebih kekal'. Hanya orang bodoh sahaja yang mengusahakan yang tidak utama dan mengutamakan sesuatu yang akan binasa. Sepatutnya akhirat yang kekal itulah keutamaan kita kerana kita akan menanggung segala-galanya sampai bila-bila. Sepatutnya kehidupan dunia hanya digunakan sebagai jambatan menyampaikan ke akhirat, Sepatutnya usaha-usaha kehidupan di dunia hanya sekadar dunia tempat persinggahan sementara yang ianya akan pasti binasa.  Orang bertaqwa itu ialah orang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Masa hidup seharian mereka lebih banyak mempunyai rasa hati yang takutkan Allah daripada yang lain. Orang sebegini adalah orang pilihan. Mereka sudah b...

7 Golongan Di Bawah Naungan Arasy

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ  Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Baginda SAW bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Imam yang adil, (2) seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allâh, (3) seorang yang hatinya bergantung ke masjid, (4) dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, keduanya ...

Seramnya - Dah Terbayang Kesudahan Kita!!!

Satu ketika Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah saw dan bertanya "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT :  "Pd sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris2" - Surah An-Naba': 18 Mendengar prtanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dgn airmata. Lalu menjawab, ' Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yg amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan bebaris2 menjadi 12 barisan, masing2 dgn pembawaan mrk sendiri... Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut...          *DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR          =============== ========================* 1.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.* Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran/menyakiti tetangga. 2.🌺  *Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.* Mereka adalah golongan yang malas, meringan2kan  dan lalai dalam solatnya. 3.🌺  *Diba...

Mudah Bagi Allah Membangkitkan Semula Manusia Di Akhirat

Manusia banyak yang tidak percaya tentang bangkitnya manusia dari kubur besok pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah itu Maha kuasa, dapat menghidupkan manusia sesudah mati. Untuk bukti yang nyata itu banyak, di antaranya: Dengn bukti sejarah, seperti riwayat Nabi ‘Uzair, riwayat Nbi Ibrahim AS, riwayat Nabi Isa AS, dan riwayat sohibul Kahfi, dan riwayat pembunuhan pada zaman Nabi Musa AS. semua itu tersebut di dalam Al Qurannul Karim.  Dengan bukti keadaan yang diketahui oleh manusia setiap hari iaitu, bayi lahir dari kandungan ibunya. Pada waktu masih wujud benih iaitu mani (sperma) yang tiap keluar sperma itu dari kemaluan orang lelaki sekali saja mengandungi benih manusia bilangannya tidak kurang dari empat juta. Benih yang sekian banyak itu, hanya satu sahaja yang akan menjadi manusia, atau paling banyak mungkin 5, terbukti adanya bayi yang lahir kembar itu sehingga lima atau lebih. Dan pada hakikatnya benih itu masih barang mati. Lebih rumit lagi ketika masih berwuj...