Subhanallah! Kisah Benar Al-Quran Terbang Di Mekah
Pak Lang paparkan kisah benar yang diambil dari blog Amekaw K etika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah. Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.