Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut. Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya...

Nisfu Syaaban - Masa Pertukaran Lembaran Catatan Amal Setiap Hamba

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Semoga ini akan membantu memahamkan kita tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya.  Tarikh malam Nisfu Syaaban 2013 di Malaysia mengikut kalendar islam. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan  atau 15 Syaaban dalam kalendAr Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala   malam Nisfu Syaaban   pada 23 Jun selepas waktu Maghrib. Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013 1 Syaaban 1434H : 10 Jun 2013 15 Syaaban 1434H : 24 Jun 2013 Isnin   (Nisfu Syaaban) Malam Nisfu Syaaban:  23 Jun 2013 :   sebaik sahaja lepas waktu Ma...