Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ULAMAK

Siapakah Ulamak Yang Sebenarnya?

Imam Ghazali membahagi ulama kepada dua iaitu;- Ulamak Pertama - Ulama Akhirat / Ulamak Sahih / Ulamak Sebenar: Rasulullah SAW bersabda yang bermakna; "Para ulama itu pewaris para nabi"  (Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi) Ciri-ciri ulama akhirat.:- 1. Istiqamah aqidah, ibadah, akhlak dan dakwahnya, takutnya hanya pada Allah. (QS Al Anbiya 28) 2. Senangnya berjamaah ke masjid,  3. Lembut tutur katanya, bicaranya hikmah yang mengajak hijrah menuju Allah,  4. Tegas menyampaikan Haq,  5. Tampak sekali kerendahan hatinya, wajahnya murah senyum bercahaya 6. Ikhlasnya mengajar tanpa minta upah  7. “Tsiqqoh” kuat menjaga janji,  8. Warak- sangat takut dan berhati-hati dengan Hukum Allah 8. Siang malam memikirkan umatnya. Sentiasa doakan umat. 9. Keluarganya sakinah dan uswah hasanah,  10. Kuatnya menjaga silaturahim.  11. Menghormati perbezaan pendapat,  12. Memaafkan pada mereka ya...

Siapa Tahu? Ke Manakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW Yang Mulia

Imej
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah  Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut. Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW. Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya....