Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KES DERA BUDAK PALSU

Cerita Sebenar Kejadian Budak Kena Dera Di Taska Taman Kota Masai

Imej
Berbagai tindakan orang yang sakit hati, hasad dengki dan cemburu dengan orang lain. Bahkan sanggup memfitnah serta memburuk-burukkan sesama muslim. Antaranya kes di bawah. Sabotaj yang keterlaluan!! Penyebaran video pende­raan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Kota Masai, Johor di Internet sejak beberapa hari lalu disahkan sebagai perbuatan khianat. Pengarah Jabatan Keba­jikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu. Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya. “Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka. “Hasil siasatan menda­pati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas peker...