Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel NUR MUHAMMAD

Kerana Dialah Allah Menciptakan Alam Ini

Dalam sebuah hadith yang daif (lemah sanadnya) Rasulullah saw menyebut “Cahaya aku adalah yang pertama diciptakan Tuhan” Di dalam kitab Injil, Nabi Isa a.s memberitahu kepada umatnya, "Bahawa Nabi selepas aku adalah Ahmad (Nabi Muhammad), jikalau kamu bertemu dengannya, berimanlah dengannya, dan kerana dialah Allah menciptakan alam ini." Nabi Adam a.s. juga pernah melihat dua kalimah iaitu “Allah” dan “Muhammad” bercantum. Allah juga berfirman kepada Nabi Adam “Kerana dialah aku ciptakan kamu.” Diriwayatkan tatkala Nabi Adam dikeluarkan dari syurga, Baginda melihat tertulis pada tiang-tiang ‘Arasy dan setiap tempat dalam syurga nama “Muhammad” diiringi selepas nama Allah, lalu berkata Adam, “Wahai Tuhan! Siapakah Muhammad ini?” Firman Allah, “Ini ialah anakmu yang jika tidak kerana dia, nescaya Aku tidak akan menciptakanmu.” Alam ini juga dicipta dari cahaya, dimana semua ini telah diakui oleh fakta sains moden. Saintis telah membuat kajian dan menemui asal usul alam ini be...

Rasulullah SAW Hakikat segala Wujud

Imej
Ini adalah kitab yang membahaskan persoalan hakikat kewujudan Nur Muhammad SAW. Bacalah!   Judul Kitab : Al-Anwar al-Muhammadiyyah min al-Mawahib al-Laduniyyah Penulis : Syaikh Yusuf bin Isma‘il An-Nabhani Pentahqiq : Sayyid ‘Alwi Abu Bakar Muhammad Assegaf Penerbit : Daar Al-Kutub Al-Islamiyyah, cet. pertama, 1433 H/2012 M, Jakarta-Indonesia Dari hakikat Nabi SAW itulah terpancar hakikat-hakikat ruh. Nabi SAW adalah jenis tertinggi dari segala bentuk jenis dan abul akbar (ayah utama) dari segala bentuk wujud yang diciptakan Allah SWT. Ketika menghendaki pen-ciptaan makhluk-Nya, Allah SWT menciptakan hakikat Nabi Muham­mad SAW sebelum menciptakan segala sesuatu dari nur-Nya. Dari hakikat itu lalu Allah menciptakan alam seluruhnya, baik alam rendah maupun alam tinggi. Kemudian Allah SWT memberitakan ke­pada Nabi SAW ihwal kenabiannya, se­mentara Adam AS, tidak lain, sebagai­mana disabdakan oleh beliau SAW, “Ma­sih antara ruh dan jasad.” Dari hakikat Nabi SAW itulah terpan­car ha...

Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Berikut adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung persoalan Nur Muhammad. (Rujuk e-fatwa / JAKIM) Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002   Huraian Tajuk/Isu:  Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :   Keputusan:  i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-uns...

Perbahasan Konsep Nur Muhammad

Imej
Perbahasan tentang hal ini memang sudah berlarutan sejak lama. Ini adalah persoalan khilafiah walaupun bagi kelompok yang menerima konsep Nur Muhammad sangat yakin inilah kebenaran. Ianya suatu yang logik setelah mengkaji hadis-hadis berkaitan. Cuba lihat apa kata Syeikh Mutawalli Sya'rawi - seorang ulama terkemuka di Mesir yang terkenal dengan kealimannya di zaman ini. Syeikh Mutawalli bekas Mufti dan Menteri Wakaf Mesir yang sangat menyokong konsep Nur Muhammad.  menyatakan dalam kitab “Anta tas-al wal Islam yajib” cetakan Darul Muslim, Qahirah, tahun 1982 / 1402, juzuk 1, mukasurat 41 Beliau telah ditanya berhubung an-Nur al-Muhammadiy dan permulaan penciptaan. Soalannya lebih kurang:-  Telah warid dalam hadis: “Bahawa Jabir bin ‘Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: “Apa yang awal-awal diciptakan Allah?”, lalu Junjungan bersabda:”Nur nabimu, wahai Jabir.” Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan bahawa seawal makhluk itu Adam da...