PasMa Adalah Satu Spesis Asing Bagi Presiden PAS
Presiden PAS sekali lagi membuka ruang perpecahan di dalam PAS? Jika usaha menangkupkan yang retak boleh dibuat kenapa berbicara supaya medan berkrisis terbuka luas? Isunya mudah - jika tidak faham, ikhtiarkan bertemu dan bersembang hati ke hati. Senang saja - jumpa Presiden PasMa dan dengar langsung penjelasan darinya. Mungkin ada yang perlu dinasihati, nasihatkanlah secara seorang bapa kepada anak-anak. Yang paling bijak ialah jadikan PasMa benar-benar berfungsi sebagai penyongsong gagasan PAS masakini. Waktu ini era tanpa sempadan. Tanpa Pasma pun forum mengkritik kepimpinan PAS sudah berlaku di mana-mana. Apa yang penting Presiden mesti bersikap terbuka. Bersyukurlah jika ada ahli PAS mahu berterus terang menegur pemimpinnya. Anak-anak muda di dalam PAS sekarang lebih kritikal dan rasonal. Jika PasMa mahu mengemudi arah teguran ahli akar umbi, raikanlah kehendak mereka. Apalah maknanya duduk sebagai pemimpin jika enggan mendengar luahan hati anak buah...