Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERTUDUNG

Kisah Mula Bertudung Menutup Aurat

Imej
Maharku UntukMu Tuhan Alhamdulillah… Syukur ku ke hadrat Mu Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan aku taufik-Mu untuk ku kuat bertapak di jalan ini.. Hampir seminggu, sukar untukku gambarkan perasaanku.. tenang, bahagia, sebak, hati aku sayu.. Bermulanya semua ni dengan satu peristiwa.. Entah kuasa apa yang menguatkan aku. Aku tekad. Ku bisikkan dalam hatiku “Eqa, you should change starting from now!” Dan malam itu, aku iron sepasang baju kurung berwarna merah. Aku ambil semula tudung bidang 55 yang dah lama aku beli tapi tak pernah aku ‘berani’ untuk memakainya.. Siap iron semua, aku ambil wudhuk, baca doa, dan tidur dalam zikrullah. Bangun keesokan hari, aku seolah-olah seperti bermimpi. Aku fikir dan bertanya sendiri, adakah betul tindakan ku atas apa yang bakal ku lakukan nanti? Aku tahu, sekali aku melangkah, aku tidak boleh berpatah balik.. “ahhh tak, aku tekad dan takkan berpaling lagi.. ” Suara hati kecilku menyakinkan diri sendiri. ...