Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KHAIRY JAMALUDIN

Khairy Buat Kejutan.. Belasah Pemimpin Pakatan

Imej
SHAH ALAM - Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu. Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut. Khairy buat kejutan.. belasah pemimpin Pakatan. “Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis." “Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yan...

Prinsip Berkecuali Penjawat Awam Mesti Dihormati

Imej
Pemimpin Lama Umno Kena Buli Dengan Pemimpin Muda Umno Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai. “Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela. “Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya. Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut. Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi. Bagaimanapun, katan...

Adakah Khairy Layak Untuk Terus Terajui Pemuda UMNO?

Imej
Sejak Pak Lah menerajui kepimpinan negara, nama Khairy Jamaludin terus melonjak bergema di mana-mana pentas politik. Persepsi umum terhadap dirinya sangat ketara. Ada yang positif ada pula sebaliknya. Tidak kenal tentulah tidak akan datang rasa cinta. Itulah yang ada pada Khairy ketika itu.  Tetapi biasanya seseorang pemimpin berjiwa besar itu hanya akan dikenal pasti setelah dia berjaya menempuh zaman sukar dan sulit. Kejatuhan, pengasingan, penyingkiran adalah suatu yang perlu untuk mengukur nilai sebenar seseorang tokoh. Dalam politik, banyak ranjau yang perlu ditempuh. Hanya yang matang dan bertuah sahaja yang akan berjaya sampai ke destinasi idaman.  Khairy dikira telah berjaya menempuh zaman-zaman sulit yang tidak mudah. Di saat kejatuhan Pak Lah, Khairy teruk dihujani tohmahan, kritikan dan kejian. Dia terus menerajui Pemuda UMNO tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet Najib yang menggantikan bapa mertuanya itu. Khairy ternyata berupaya menempuh tahun-tahun sukar ...