Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RAMADHAN

APAKAH YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT DALAM RAMADHAN?

Kita sedang berada di bulan Ramadhan yang berkat. Bulan mulia, kerana kitab Al Quran diturunkan di dalamnya. Bulan yang dikurniakan Lailatul Qadar yang sangat besar nikmatnya. Bulan puasa yang telah jadi tradisi pada setiap umat dahulu dan kemudiannya. Bulan mujahadatun nafsi yang lebih dari bulan-bulan lain. Bulan yang digandakan pahala bagi setiap amalan.  Sesungguhnya bulan Ramadhan itu sangat besar ertinya kepada kehidupan kita kaum Muslimin, kerana di dalamnya penuh dengan ilmu, tarbiah, falsafah dan hikmah. Sebab itu ALLAH jadikan bulan itu cuma sekali dalam setahun. Cukup membekalkan kepada kita keperluan hidup untuk setahun.  Macam orang masuk kursus selama sebulan, maka hasilnya cukup untuk menampung ke­perluan selama satu tahun. Yakni, bilamana kursus itu dihayati betul-betul. Bagi orang Mukmin, Ramadhan sangat penting dan di dalamnya mereka mengambil segala dan sebanyak-banyak tarbiah, ilmu, falsafah dan hikmahnya, buat bekalan hidup.  Marilah kit...

Ramadhan Datang Untuk Menghidupkan Hati!!!

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum  Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya  Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang  kemudian berbual dan borak-borak yang banyak  Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah  kemudian tidur,  malam tidak bangun pula  menghidupkan malam bersama Tuhan  Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam,  siang berlapar-laparan dan berletih-letih  Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran,  hati dan jiwa dengan rasa bertuhan  Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan,  rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa  Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri,  takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa  Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia  Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, ...

Ini Dia!!! HADIAH DI BULAN RAMADHAN

Dengan rahmat Tuhan, Ramadhan tiba lagi. Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya, mahal & besar-besar dari Tuhan. Hadiah buat orang bertaqwa, bukan untuk orang Islam. Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim & fasiq. Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam, diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal. Di antara hadiah-hadiah itu ialah : ▫hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa. ▫hadiah keredhaan-Nya juga mahal. ▫kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan. ▫rahmat-Nya. ▫berkat dari-Nya dunia Akhirat. ▫diberi-Nya pahala berganda-ganda. ▫hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah. ▫akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi. Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah, di antara hamba-hamba dengan Tuhan. Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja. Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan...

Muwadda' Muwadda' Yaa Ramadan. (Selamat Tinggal Yaa Ramadan) :(

" Malam ini ialah malam Terakhir di Bulan Ramadan . Seluruh Ahli Tareem (Hadhramout) menangis akan pemergian Bulan Ramadan. Mereka menangis seolah olah Ibu mereka Meninggal Dunia. Alangkah Banyaknya Rahsia dan Keistimewaan di Bulan Ramadan.  Malam ini ialah malam terakhir untuk kita Niat Puasa dan sudah Haram untuk kita niat puasa di Malam Raya. Tetapi jangan lupa dengan Ramadan kecil 6 kita. InshaaAllah. Ulama berkata, Allah سبحانه وتعالى Memberikan Hadiah kepada semua hamba hamba Nya di Malam Terakhir Bulan Ramadan. Sepertimana Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam Hadith Soheeh Muslim, Sesungguhnya Allah memandang kepada semua hamba hamba Nya pada Malam Terakhir Bulan Ramadan , Allah memberikan Ganjaran kepada mereka dan Allah سبحانه وتعالى Hapuskan semua dosa dosa mereka. Ada Sahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,Ya Rasulullah adakah Malam Terakhir itu Malam Lailatul Qadr sebab Allah hapuskan semua dosa hamba hamba Nya? Bukan, Malam Terakh...

Kisah Sebiji Kurma Di Zaman Rasulullah S.A.W

Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Di sebuah kampung, terdapat seorang si fulan yang sedang nazak. Sahabat pun memanggil Rasulullah S.A.W untuk menziarahi beliau. Setiba Rasulullah S.A.W di rumah si-fulan, ternyata keadaan beliau semakin nazak dan di saat sakaratul maut. Maka Rasulullah pun mengajar beliau mengucap dua kalimah syahadah. Ternyata si-fulan yang dalam keadaan nazak dapat menyebut dua kalimah syahadah dengan lancar. Walau bagaimanapun, selepas si-fulan menyebut dua kalimah syahadah dengan keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau sempat menyebut sesuatu yang berbunyi “ Sebiji kurma, Ambillah semua!, Sebiji kurma, Ambillah semua!” dan diulang perkataan itu, sehinggalah si-fulan itu menemui ajal. Sahabat-sahabat di sekeliling yang melihat kejadian ini berasa hairan dan persoalan bermain dalam fikiran sahabat, apakah maksud yang diungkapkan si fulan yang nazak sebentar tadi???, Adakah sebiji kurma itu sangat penting baginya sehinggakan dalam nazak pun berusaha ...

Ramadhan Dan Aidil Fitri

MARİLAH MEMAHAMİ RAMADHAN DAN AİDİL FİTRİ Menyambut Ramadhan dan Hari Raya telah bercampur di antara Sunnah dan bid’ah. Bercampur di antara syariat dan adat. Menjadikan kemurnian Ramadhan dan ‘eid telah tercemar. Ramadhan disambut dengan bulan makan-makan. Adakalanya terjadilah pembaziran. Menjadikan bulan Ramadhan belanja harian lebih daripada kebiasaan. Setengah orang bulan Ramadhan lebih banyak rehat-rehat dan tidur-tiduran. Puasa pula sekadar tidak makan dan minum, yang lain dilakukan. Yang dikejar fadhilat, yang ditunggu lailatul qadar bukan bulan menebalkan taqwa dan iman. Apakah kalau ternafi iman dan taqwa, fadhilat dan keutamaan lailatul qadar dapat? Kedua-duanya itu bergantung di atas asas iman dan taqwa. Kalau iman dan taqwa tidak dapat yang lain juga ikut tidak dapat. Sunnah pemurah di bulan Ramadhan sudah tidak jadi tabiat. Pemurah hanya pada diri sendiri hingga makan berlebih-lebihan. Membaca Al Quran fikir hendak khatam bukan difaham dan hendakkan penghayatan. Kerana itu...

Kaedah Salafus Soleh Untuk Mengetahui Lailatul Qadr

Pertama; dalam riwayat imam Ahmad, Rasulullah saw bersabda bahwa lailatul Qodar turun pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Terutama pada malam-malam yang ganjil; ke sembilan, ketujuh, kelima, ketiga atau pada malam yang paling akhir. Kedua ; Sebahagian besar ulama’ meyakini bahawa malam Lailatul qodar itu turun pada malam ke 27 dari bulan Ramadhan. Dasar keyakinan itu adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tirmizi bahawa Ziir Ibnu Jubais berkata kepada Ubai Ibnu Kaab bahawa saudara Ibnu Masud berkata: “Barang siapa (tidak pernah tidur malam) sepanjang tahun pasti akan mendapatkan malam lailatul qadar. Ubai berkata: semoga Allah swt. mengampuni Abi Abdirrohman (Ibnu MAsud). Dia sebenarnya mengetahui bahwa malam lailatul qadar itu turun pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Bahkan ia tahu bahwa lailatul qadar itu turun pada tanggal 27 Ramadhan. (tapi ia tidak menerangkan hal itu) supaya orang-orang tidak hanya bangun di malam itu saja. (untuk meng...

Lailatul Qadar - Tanda, Makna Dan Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Imej
Pengertian malam Lailatul Qadar, tanda makna keistimewaan malam Lailatul Qadar menurut beberapa sumber referensi terpercaya yaitu memiliki makna malam ketetapan (dalam bahasa arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ). Lailatul Qadar atau Lailatul Qad'r merupakan salah satu malam penting yang terjadi di sebuah malam pada bulan Ramadhan.  Beberapa pendapat meyakini bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar adalah di saat-saat 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadan dan beliau bersabda: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169) dikutip dari: http://id.wikipedia.org/wiki/Lailatul_Qadar . Dalam Al Qur'an dijelaskan mengenai makna serta keistimewaan dari Malam Lailatul Qadar yaitu suatu malam yang dimana malam ini adalah merupakan mala...

Apakah Juadah Orang Susah Berbuka Puasa

Ketika kita sibuk membeli dan menyiap hidangan berbuka, ramai lagi saudara mara seagama dengan kita yang tidak ada apa yang mahu dimakan buat berbuka. Di Lembah Klang ini, di mana-mana saja kita dapat temui keluarga yang tidak punya apa-apa untuk dijadikan juadah berbuka. Puasa sepatutnya menginsafkan kita. Carilah saudara seagama kita yang sedang kesusahan - akan mudah anda temui jika berusaha mencari mereka:  Cuba lihat harga berbuka untuk orang yang berada: 2016 Ramadan Buffet Price (Klang Valley) 01. *Seri Pacific - RM98 nett* 02. *Istana Hotel - RM160 nett* 03. *Cititel - RM100 nett* 04. *Palace Golden Horses - RM138 nett* 05. *Chulan Damansara - RM138 nett* 06. *Sime Darby - RM138 nett* 07. *Sunway Putra - RM138 nett* 08. *Picc - RM98 nett* 09. *Novotel KLCC - RM98 nett* 10. *Sunway Trc - RM138* 11. *Sunway Cafe - RM98* 12. *Royal Chulan - RM138* 13. *Sheraton - RM188* 14. *Hilton - ...

Surat Perpisahan

Saudaraku, Aku akan pulang... Sudah melepasi 10 hari pertama (1/3 bulan )  bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian. Walau sering dikatakan istimewa  namun perlakuanmu tidak luar biasa. Oleh-olehku nyaris tidak kau sentuh... Al Quran hanya dibaca sekilas,  kalah dengan update status smartphone dan tontonan. Solat tidak lebih khusyuk,  kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran. Tidak banyak kau minta ampunan,  kerana sibuk menumpuk harta demi menyambut  hari raya dan berbagai membeli berbelanja Malam dan siang mu tidak banyak dihabiskan untuk berbuat kebajikan,  kalah dengan bisnes yang sedang panen saat Ramadhan. Tidak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir  tidak cukup pulang kampung dan liburan. Saudaraku,  aku seperti tamu yang tidak diharapkan.  Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan. Padahal aku datang dengan kemuliaa...

Surat Renungan

Kawan!  aku sahabat yang datang membantu  untuk kau membuang dosa-dosamu.  Dan moga-moga dengan itu  Allah sudi menerima amalanmu. Kawan!!!  aku harap jika kau bersama ku, ambil lah peluang  untuk kau memohon kepada Tuhan mu. Kerana masa kau bersama ku teramat lah singkat. Tidak mungkin di lain harinya, kita akan  dapat bertemu semula kerana Tuhan maha mengetahui atas segalanya. Kawan!!  jika kau bersamaku janganlah kau sia-siakan  masa bersama ku walau pun sedetik walaupun sesaat. Kerana sesungguhnya  akulah kawanmu yang datang membuka peluang besar, untuk kau diterima Tuhan. jaga lah perilakumu jika bersamaku janganlah santai melalai-lalaikan. hari-hari yang tersisa rebutlah untuk kau intim bersamaku kini sudah 12 hari kau bersama ku.  sudah tebal kah rasa takutkan Tuhan di dada mu? Sudah makin rindukah kau dengan Nabimu? sudah ti...

Muhasabah Ramadhan

Ramadan Oh Ramadan.... Seorang siak masjid bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yang Allah beri. Rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan." Jom kita ulas sedikit.... ✅Ada yang melihat ramadan sebagai pintu rezeki untuk berniaga, sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yang kononnya melimpah di ramadan. Berapa ramai orang sibuk nak buka gerai ramadan, nak niaga itu ini, fikir makanan yang unik yang dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak pula..... ✅Benar... Berniaga itu sunnah tetapi berniaga yang cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dengan mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok. Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu?. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demi...