Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SUASANA MAAL HIJRAH

Suasana Sambutan Maal Hijrah Pada Tahun Lalu (2012)

Imej
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M Submitted by sitihariati on November 23, 2012 - 4:07pm   Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M telah berlangsung dengan jayanya pada 15 November 2012 yang lalu di Dewan Plenari dan Dewan A, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razaktelah hadir dan merasmikan majlis berkenaan. Majlis sambutan Maal Hijrah pada tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dif-dif kehormat dan tetamu jemputan dalam serta luar negara termasuk 144 kontinjen yang terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Swasta, serta orang awam. Sempena majlis sambutan pada tahun ini, Kerajaan Malaysia telah mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak ...