Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AZMIN ALI

Senyum Penuh Makna Ketua Pembangkang Selangor...

Imej
Dari Blog Shahbudin Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat. Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia juga merupakan peruntukan yang terbesar dalam sejarah Selangor dan sepanjang pemerintahan PR sejak 2008. Buat julung kalinya juga peranan Ketua Pembangkang di DUN Selangor diiktiraf oleh kerajaan negeri dengan pemberian sebuah kereta rasmi, Toyota Camry beserta pembiayaan petrol dan tol, elaun RM3,000 sebulan, gaji pemandu sebanyak RM1,367 dan RM2,001 lagi untuk bayaran seorang setiausaha kerja. Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Sungai Burung, Shamsuddin Lias kelihatan tersenyum lebar ketika menerima pemberian kereta dan segala kemudahan itu ...

Azmin Ali Tadbir Selangor Cara Jokowi?

Imej
Kerajaan Negeri Selangor minggu lepas mengeluarkan notis kepada semua jabatan dan agensi berkaitan bagi melaksanakan arahan penguatkuasaan larangan pemberian cenderamata kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar). Surat pekeliling bertarikh 13 November itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan diedarkan kepada semua ketua jabatan/agensi, pegawai daerah, yang dipertua majlis perbandaran dan datuk bandar serta semua yang mengetuai pentadbiran negeri. "Dimaklumkan yang menteri besar mengarahkan tiada sebarang pemberian cenderamata kepada beliau oleh jabatan/agensi kerajaan semasa program turun padang dilaksanakan. "Sehubungan itu, bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan, maka jabatan/agensi kerajaan tidak dibenarkan memberi cenderamata kecuali yang berbentuk buku laporan atau seumpama dengannya," memetik daripada surat pekeliling SUK bilangan 4 tahun 2014. Arahan itu dibuat ketika perbelanja...

Azmin Ali - Anak Angkat Tun Dr Mahathir Yang Terus Meningkat

Imej
Jika Dato' Seri Anwar di penjarakan, satu-satunya tokoh paling menonjol di dalam PKR adalah Azmin Ali. Jawatan MB Selangor yang dipertanggung-jawabkan padanya merupakan medan utama untuk beliau terus menonjol. Bukan sekadar di peringkat Pakatan Rakyat, MB yang baru berusia 50 tahun ini akan terus melonjak namanya. Mungkinkah beliau yang akan sampai dahulu ke Putrajaya berbanding Khairy Jamaluddin? Menariknya jika ditanya siapa yang disokong bekas Perdana Menteri itu diantara kedua anak muda tersebut - agaknya apa jawapan Tun?   Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapa dan anak malah dianggap sebagai “anak angkat”. Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula ketika beliau menjadi pemimpi...