Apa Sudah Jadi Dengan PAS?
Hadi Awang Kian Tersepit? Kedudukan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi seselesa dahulu. Beliau kini bukan saja mula dipertikaikan oleh penyokong dan pengundi parti yang tidak memegang apa-jawatan, malahan elemen yang sama sudah mulai datang daripada peringkat yang berjawatan juga. Semuanya gara-gara kegagalannya memimpin hala tuju parti itu dengan cara yang betul dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor. Jika dalam beberapa mesyuarat AJK Pas Pusat sebelum ini, sudah ada yang berani bertegang leher dengannya mempertikaikan tindakan yang dilakukannya, terutama mempersoalkan kecenderungan untuk berbaik-baik dengan UMNO, malam tadi dalam satu forum anjuran PasMa, seorang lagi pemimpin Pas iaitu Mujahid Yusof Rawa memberi mesej yang sama mengenai Haji Hadi. Beliau bukan saja menyanggah keinginan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO sebagaimana yang diketahui umum merupakan cita-cita baru kumpulan yang pro Haji Hadi dalam Pas dengan mengatakan parti itu ...