Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KASIHNYA IBU

8 Kali Ibuku Berbohong Denganku

Imej
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.  Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap ...

Kasih Ibu Tidak Ternilai

Imej
Menyempurnakan cinta Usah cuba untuk mengukur sejauh mana kasih ibu, kita tak mampu mengukurnya. Sedalam mana cinta ibu terhadap anak, juga tak mampu kita selami. Ia sentiasa segar dan menjalar dalam warna-warna yang tak pernah kita sedari. Kita hanya menerima segala kasih sayang dan cinta itu dari sudut yang kita perhati. Tetapi masih banyak segi-segi cinta yang tak tertatap dan tak pernah kita tahu datang dari cinta seorang ibu. Ibu ini mencuba segala upaya dalam menyempurnakan cintanya. Apa lagi dalam situasi seorang anak yang memerlukan pertolongan, tidak ada insan yang menghulurkan bantuan selain seorang ibu. Bagi ibu ia tak mahu kehilangan anaknya tetapi sanggup berusaha demi menyempurnakan cintanya. Sang anak memerlukan buah pinggang dan sang ibu sanggup untuk menjadi penderma. Tetapi kerana berat badannya yang melampau, doktor tidak melakukan pembedahan sedangkan sang anak dalam kritikal memerlukan buah pinggang yang baru. Masa semakin kritiksl. Si ibu...