Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERKAHWINAN

Perkahwinan Dan Perceraian - Perbezaan Lafaz Taklik Di Malaysia.

Malaysia mempunyai lafaz taklik yang berbeza-beza antara satu sama lain mengikut negeri-negeri. Sebenarnya lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain.  Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin. Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Antara contoh seperti berikut:  1) Terengganu: “Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau denga...

Apakah Maksud Cerai Melalui Lafaz Taklik?

SUMBER ASAL:  CERAI TAKLIK PENGERTIAN TA‘LIQ Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut. Ta’liq : iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalaq.” Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan ta’liq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz ta’liq tersebut dilanggar. Di Malaysia cerai ta’liq ini adalah suatu bentuk perceraian yang biasa diamalkan. Selepas akad nikah seseorang suami dikehendaki melafazkan ucapan ta’liq dan menandatangani surat ta’liq di hadapan juru nikah. Contohnya seperti di Wilayah Persekutuan, lafaz ta’liq tersebut adalah:  “Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wak...

Haram Mengahwini Wanita-Wanita Ini

Golongan wanita yang haram dikahwini Islam telah menetapkan beberapa golongan wanita yang haram dikahwini sama ada untuk selamanya atau sementara. Terdapat golongan wanita yang haram dikahwini buat selama-lamanya. Mereka juga disebut sebagai 'mahram muabbad'. Pengharaman tersebut berlaku dengan sebab-sebab tertentu seperti, haram berkahwin dengan sebab keturunan (kahwin dengan ibu, nenek, cucu), haram berkahwin dengan sebab persemendaan (kahwin dengan isteri kepada bapa atau ibu tiri) dan haram dengan sebab susuan. Adapun maksud susuan ialah menyusu sampai 5 kali susuan secara berasingan dengan setiap kali menyusu mestilah sampai kenyang. Perempuan yang diharamkan berkahwin secara sementara pula ialah perempuan yang diharamkan berkahwin dengan lelaki atas sebab tertentu. Apabila terhapus sebab-sebab tersebut, maka halallah bagi mereka untuk berkahwin. Antara sebab-sebabnya ialah seperti berikut: 1)    Haram mengahwini perempuan yang musyrik, kecuali setel...

Calon Isteri - Antara Anak Dara (Gadis) Dengan Janda

Ada orang menghadapi masalah dalam memilih calon isteri, terutama jika perlu membuat keputusan sama ada memilih wanita masih gadis atau wanita yang sudah bergelar janda. Persoalan ini jika ditanya kepada dua ibu bapa, pasti mereka mahukan anak lelaki mereka memilih wanita yang masih gadis. Tentunya bagi ibu bapa, ada penilaian tertentu dalam memilih antara dua status wanita yang mahu dikahwinkan dengan anak mereka. Meskipun ada yang menganggap berkahwin dengan anak dara atau janda seperti tidak ada bezanya, pada prinsipnya Islam menggalakkan lelaki terutamanya bagi yang belum pernah berkahwin memilih calon isteri dari kalangan wanita yang masih gadis.  Ini tidak bererti janda tidak boleh dijadikan isteri, namun apabila membabitkan dua pilihan, sebaik-baiknya pilihlah wanita masih gadis. Keutamaan ini demi untuk kebaikan pasangan itu sendiri. Alasannya, janda kemungkinan tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada suaminya yang kedua atau seterusnya.  M...