Wanita Solehah Akan Simpan Rahsia Istimewa Ini
WAHAI isteri yang dirahmati ALLAH, Rasulullah pernah bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik- baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”- Riwayat Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad. Mudahkah menjadi wanita solehah? Wanita solehah itu bagaimana? Wanita solehah ialah yang akan menjadi bidadari syurga dengan izin-NYA. Inginkah dirimu juga menjadi wanita syurga? Bagaimanakah caranya? Begini... sebenarnya dirimu sudah pun mempunyai satu ciri wanita syurga, iaitu menjadi isteri kepada seorang suami. Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki.”-Riwayat Abu Na’im Ini sabda Nabi, manusia pilihan ALLAH. Insan maksum, yang dijanjikan syurga dan dapat memberikan syafaat di Padang Mahsyar kelak. Ini bukan manusia biasa yang mana ...