Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HARI MALAYSIA

Kisah Dato' Khalid Yunus Dan DS Samy Vellu "Menawan" Kedutaan Indonesia

Imej
KHALID Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila. SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menyedari perasaan marah rakyat Malaysia sedang memuncak terhadap Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tetapi apabila sekumpulan pemuda yang menunjuk perasaan pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur meminta supaya beliau memijak simbol Pancasila negara Indonesia, Tunku enggan berbuat demikian. Simbol itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Dato Onn. Khalid Yunus pemberita Utusan Melayu yang dihantar untuk meliputi tunjuk perasaan itu telah bertukar menjadi penunjuk perasaan yang menurunkan simbol itu dari anjung bangunan kedutaan. Menurut Khalid apabila sampai di kediaman Tunku, mereka telah memanggil Tunku keluar dan kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku, "pi...

Memalukan - Kejinya Sikap Dan Perangai Rakyat Malaysia

Imej
“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia. Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang. “Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak. “Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yang baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri. “Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak,” katanya...

16 September 1963 - Sejarah Penubuhan Malaysia

Imej
16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut dimana Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.  16 September merupakan Hari PembentukanPersekutuan Malaysia dan tahun ini 2013, genap 50 tahun sudah negara Persekutuan Malaysia telah dibentuk. Fakta buat korang pada hari yang sama juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia. Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia: TARIKHPERISTIWA:  27 Mei 1961  Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik 23 Julai 1961  Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh ...