Kisah Bagaimana Dua Orang Remaja Membunuh Abu Jahal
Petikan dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw. susunan Syeikh Nasaruddin Awang ar. Bacalah kisah bagaimana dahsyatnya kecintaan 2 orang remaja kepada Rasulullah saw. Mereka bersaing dalam merebut peluang membunuh Abu Jahal - orang yang sangat menyakiti Baginda Nabi saw. Beginilah ceritanya; Ada dua orang remaja dari Madinah iaitu Saidina Muaz bin Afra’ Al-Ansari dan Saidina Auf bin Afra’ Al-Ansari berumur 15 tahun dan 16 tahun. Mereka berdua ikut serta di dalam perang Badar. Ketika U'tbah dan dua orang lagi panglima kafir Quraish mencabar tentera Islam dalam perterungan satu lawan satu mereka berdualah yang tampil bersama Saidina Abdullah bin Rawahah. Begitulah tinggi sekali kecintaan mereka kepada Allah dan Rasululah Saw. Didalam barisan tentera Islam, mereka berdua berada disebelah kiri dan kanan Saidina Abdul Rahman bin Auf. Melihat mereka berdua yang masih berusia awal remaja, Saidina Abdul Rahman berkata didalam hatinya: "Alangkah baiknya kalau dika...