Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KUMPULAN NASYID

Carilah Ketenangan Dengan Lagu Ini!!

Imej
Bagi sesiapa yang mahu tahu, inilah lagu yang mampu melunturkan hati yang keras dan sombong. Lagu ini boleh menjadi terapi jiwa bagi sesiapa yang mahu melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik. Senikata atau lirik lagu ini sangat menyentuh hati.  Kekuatan lagu ini mampu menggetarkan jiwa seorang bekas penjenayah yang mengaku dirinya insaf setelah menghayati lagu ini. Elok mendengarnya sambil memejam mata dan menghayati liriknya secara mendalam. Insya Allah mengingati Allah itu hati menjadi tenang!!  Kalau Tuhan Dikenali http://liriknasyid.com Kalau Tuhan kita kenali Kasih sayang dan peranan-Nya Kalau Tuhan kita fahami Keagungan dan kekuasaan-Nya Kalau Tuhan kita rasakan Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya Kalau Tuhan dikenali Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya Cintakan Tuhan, Cinta paling ...

Bernasyid Untuk Menghibur Atau Bernasyid Untuk Berdakwah?

Pak Lang ada dengar satu cerita tentang sebuah kumpulan nasyid popular. Cerita ini Pak Lang dengar sendiri daripada ahli jawatan kuasa sebuah badan kebajikan di Lembah Klang. Mereka ingin mengadakan majlis makan malam amal untuk mengumpul derma daripada masyarakat dan golongan korporat.   Bagi menjayakan majlis tersebut, jawatankuasa majlis (penganjur) telah membuat keputusan menjemput mana-mana kumpulan nasyid terkemuka tanahair bagi membuat persembahan. Jemputan itu dikira dapat menarik kehadiran tetamu yang sekaligus memberi sumbangan dalam bentuk 'membeli meja'. Kehadiran kumpulan nasyid terkemuka dalam sesuatu majlis sedemikian biasanya mampu mendorong lebih ramai tetamu untuk hadir. Inilah yang disasarkan oleh jawatan kuasa penganjur.   Banyaklah kumpulan nasyid yang dijemput. Pihak penganjur hanya menjanjikan sedikit sumbangan wang minyak kenderaan untuk sampai ke tempat majlis dijalankan. Jumlahnya mungkin sekitar RM500.00 sahaja. Jemputan itu dikira satu pengho...