Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ARTIS BERTUDUNG

Yana Samsudin Pula Berhijrah

Imej
Jika baru-baru ini, Hanez Suraya mengambil keputusan untuk berhijab selepas dia pulang dari Mekah bersama suami dan anak tirinya, terkini Yana Samsudin pula tampil berhijab.   Yana tampil dengan imej baru itu melalui rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung. Malah penghijrahan Yana itu disahkan sendiri oleh suaminya Fadzil Zahari. Jom tengok gambar yang dikongsikan oleh Yana melalui laman Instagram yang mendapat respon baik daripada peminatnya. Klik gambar untuk size besar Read more:   http://www.myartis.com/2015/04/4-gambar-lepas-hanez-suraya-kini-yana.html#ixzz3YkCmf8I7

Mengagumkan, Tindakan Yatt Hamzah Selepas Memfailkan Penceraian Dengan Suaminya

Imej
Jika semalam ramai peminat yang terkejut dan seakan tak percaya apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian, tapi nampaknya seperti ada sinar baru dalam rumahtangga pelakon dan pengacara ini. Menurut laporan mStar Online semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh Yatt kepada tarikh 12 Mac 2015 untuk sebutan kes dan lantikan peguam. Terdahulu, suami Yatt, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya. Bagaimanapun, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan plaintif (Yatt) telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka. Namun menerusi perkembangan terbaru yang dilihat di Instagram malam semalam, Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira. Katanya, mereka sedang mencari baran...

Islamnya Hana Tajima - Melahirkan Produk Hijab Yang Sesuai Dengan Wabak Islamofobia Masyarakat Barat

Imej
Lihatlah! Perlunya muslimah berpakaian menutup aurat tetapi dengan fesyen yang menarik!! Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Isla...

Apakah Punca Artis-Artis Wanita Popular Ini Berubah?

Imej
Kini ramai artis wanita bertudung. Ikuti luahan dan pengalaman di antara mereka yang telah berubah ke arah kebaikan... 1. Catriona Ross Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.  Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pin...