Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KERAJAAN PAS KELANTAN

Tugas Khalifah - Jangan Tebang Hutan Menjelang Musim Banjir!!!

Imej
Datuk Husam Musa memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini. - Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015. Datuk Husam Musa hari ini memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini. Bekas naib presiden PAS itu berkata, aktiviti itu yang dijalankan secara besar-besaran menjadi penyumbang kepada banjir yang berlaku semasa musim hujan yang sangat lebat di Kelantan pada Disember tahun lepas, sehingga 200,000 orang terpaksa dipindahkan susulan banjir paling buruk melanda negeri itu. "Saya pernah menegur kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini beberapa kali. Sama ada secara dalaman mahu pun terbuka," kata ahli ...

Pentadbiran Pas Di Kelantan - Hakikat Kelemahan Ketara

Imej
Bacalah paparan berikut kerana ianya adalah gambaran lucu bagi sebuah pentadbiran Islam seperti yang dicanang-canangkan!!! KLIK SUMBER Perlantikan Timbalan Exco Songsang? CERITA SABTU Minggu lepas telah berlangsung majlis angkat sumpah 10 orang Adun yang dilantik menjadi timbalan Exco kerajaan Kelantan. Rasanya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan jawatan timbalan Exco. Jawatan timbalan Exco ini tidak mempunyai kuasa dan hak bagi mengganti Exco melainkan hanya membantu tugas-tugas Exco diluar 'kerasmian'. Ahmad Yacub   Ertinya mereka tidak boleh mengganti Exco dalam apa-apa urusan rasmi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga tidak boleh menjawab soalan sebagai ganti Exco yang tidak ada dalam Dewan. Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa keputusan. Sebelum diulas mengenai perlantikan Exco dan majlis angkat sumpah di hadapan MB. Ahmad Yakub itu, suka dijelaskan m...