Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEJARAH RASULULLAH SAW.

Suka Duka Para Sahabat Yang Berhijrah Ke Habsyah

Semakin menghampiri ulangtahun Maulid Rasulullah saw, Pak Lang suka mengimbau sejarah Baginda saw dan para sahabat. Hebatnya perjuangan Baginda saw bersama generasi awal kebangkitan Islam kali pertama dulu. Susah payah yang mereka tanggung hanya dapat kita tatap dan baca di lipatan sejarah. Hakikatnya catatan sejarah mereka nilainya tidak terhingga walaupun di tulis dengan tinta emas. Itulah mahalnya keyakinan. Para sahabat radhiallahu anhum telah membuktikan mereka memilih akhirat dari dunia mereka. Mereka memilih untuk mengutamakan Allah dan Rasul berbanding diri dan keluarga serta harta benda. Bahkan semuanya dikorbankan demi menagih cinta Allah dan Rasul. Mereka membuat keputusan rela mengorbankan segala-galanya dalam keadaan sangat berbahagia. Jiwa mereka menderita jika tidak ditemui apa sesuatu yang boleh dikorbankan untuk perjuangan. Susur galur sejarah hebat Rasulullah saw dan para sahabat ini menyaksikan ketabahan mereka menghadapi ancaman, pemulauan dan pengusiran. ...

Hijrah Rasulullah saw Ke Madinah Berlaku Di Bulan Rabiul Awal

Rabiul Awal adalah bulan Maulid Ar Rasul saw. Selain Ramadhan dan ZulHijjah, bulan Rabiul Awal juga menjadi bulan yang meriah. Ianya penuh dengan aktiviti perayaan memperingati kelahiran manusia agung, kekasih Allah swt iaitu Nabi Muhammad saw. Sejarah perjuangan Baginda dan para sahabat rhum diulang-sebutkan lagi di bulan ini. Seluruh dunia Islam terdorong melakukan berbagai aktiviti membesarkan dan mengagungkan manusia agung ini. Rabiul Awal sebenarnya bulan berlakunya hijrah Rasulullah saw bersama Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ke Madinah. Cuma Saiyidina Omar Al-Khattab menetapkan permulaan tahun hijrah ialah pada 1 haribulan Muharram.- walaupun peristiwa hijrah sebenarnya terjadi di bulan Rabiul Awal. Ertinya setiap kali umat Islam menyambut Maulid Ar Rasul saw, kita juga mengenangkan peristiwa hijrah yang sangat bermakna dalam perjuangan Baginda saw. Ikuti kisah Hijrah Baginda saw...... Pak Lang paparkan ambilan dari blog  muzir.wordpress.com .  Pada 26 Safar tahun ke-14...