Di Kelompok Manakah Kita?
Jika kita teliti, manusia mempunyai perbezaan sikap dan rasa tanggung jawab. Walaupun manusia itu sama dari segi fizikalnya, akal dan hati yang ada menjadikan manusia terpecah kepada pelbagai kategori. Akal dan hati mengubah, memisah dan menjarakkan manusia antara satu sama lain. Sebagai contoh, lidah yang bentuknya sama, tetapi terdapat ribuan jenis bahasa pertuturan yang diguna pakai oleh berbagai bangsa dan etnik manusia. Jadi apatah lagi akal dan hati. unsur dalaman manusia ini tidak dapat dilihat dan disentuh. Merasa dan berfikir adalah pekerjaan dalaman diri setiap manusia. Itulah asas terbezanya manusia sesama manusia - walaupun sama dari segi bangsa, agama, bahasa, tempat tinggal dan sebagainya. Kelompok umat Islam juga tetap berbeza - dari sudut berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah. Ada yang baik, ada yang jahat dan sebagainya. Muslim yang berjaya ialah jika berjaya mencapai upaya mengawal akal dan hati agar tahu, kenal dan takutkan penciptanya....