Gambar Dato' Ratu Ibu Hatijah Menziarahi Makam Sultan Mahmud Badaruddin 1 Dan Para Auliya' - Siri 3
Berikut adalah gambar-gambar Dato' Ratu Ibu Hatijah dan rombongan para PZ1 bersama wakil Istana ketika menziarahi beberapa tempat permakaman kerabat diraja Palembang, para ahli Bait (Habaib) dan para wali. Lokasinya di sekitar Ibu Kota Palembang. Kawasan-kawasan makam sudah terpinggir di celah-celah pembangunan dan penempatan penduduk. Kisah-kisah yang melatari maklumat setiap makam itu juga banyak dan tidak mungkin dicatatkan dalam blog ini kali ini. Kami bersyukur dapat sampai ke makam mereka bagi mengambil keberkatan (tabarruk). Rupa-rupanya Palembang adalah tempat bertapaknya para pejuang dan pendakwah Islam yang datang dari Hadhramaut, Yaman. Mereka terdiri dari kaum keluarga Nabi SAW di kalangan para saiyyid dan saiyidah yang dikenali di sini sebagai kelompok 'habaib'. Mereka mendapat tempat istimewa di sisi Sultan bahkan ramai yang berkahwin dengan kerabat istana. Merekalah tokoh-tokoh yang tampil di hadapan menjadi pejuang melawan penjajahan Belanda dan In...