Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAHRAM WANITA

Mahram Wanita Adalah 'Pengawal' Mereka - Hebatnya Islam!!

KUALA LUMPUR: Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa. Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya. Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita. Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila...

Wahai Para Wanita Muslimah - Jaga Maruahmu!!

Kadang-kadang kita rasa pelik dengan sebahagian kaum wanita yang bertudung. Di  pejabat atau di luar rumah mereka kelihatan menjaga auratnya. Tetapi bila di rumah, ramai yang sebaliknya. Mereka tidak ambil berat bila berdepan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram) di dalam atau di luar rumah. Kadang-kadang untuk menjemur kain di halaman rumah pun sanggup tampil dalam keadaan berkemban!! Lebih memalukan bila ramai kaum keluarga yang berkunjung ke rumah, ada pula yang bukan mahram tetapi mereka masih mendedahkan aurat. Kita pun tidak faham, konsep bertudung yang mereka lakukan semasa ke pejabat!!   Perkara sebegini sepatutnya tidak timbul kerana Islam telah pun mengajar kepada wanita-wanitanya tentang adab-adab. Masalah yang paling besar adalah kerana kita sendiri yang tidak menghayatinya. Ajaran Islam itu tidak dipelajari tetapi hanya meniru apa yang orang lain buat. ...

Kedudukan Mahram Di Dalam Islam

Imej
Bahagian (2) Mahram Kerana Musaharah Musaharah berasal dari kata ash-Shihr. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata, “Shihr adalah mahram karena pernikahan” (An Nihayah 3/63) Contohnya, mahram yang disebabkan oleh musaharah bagi ibu tiri adalah anak suaminya dari istri yang lain (anak tirinya) dan mahram musyaharah bagi menantu perempuan adalah bapa suaminya (bapa mertua), sedangkan bagi ibu istri (ibu mertua) adalah suami anak perempuannya (menantu laki-laki) [Al Mufashshol 3/162]. Hubungan mahram yang berasal dari pernikahan ini disebutkan oleh Allah swt dalam firmanNya, yang artinya, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka.” (Qs. An-Nur: 31) “Dan janganlah kamu kaHwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu (ibu tiri).” (Qs. An-Nisa’: 22) “Diharamkan atas kamu (mengahwini) … ibu-ibu istrimu (mertua), anak-anak istrim...

Kedudukan Mahram Di Dalam Islam - Siapa Yang Mahram, Siapa Yang Bukan?

Imej
Bahagian (1)  Kadang-kadang di dalam masyarakat kita soal mahram jarang diambil peduli dan sesetengah mengatakan bahawa sepupu disebelah bapa tidak boleh berkahwin. Selain itu persoalan anak susu juga tidak diambil berat oleh mereka-mereka yang menyusukan anak jiran hanya dengan maksud menolong.  Juga kita dapati di dalam masyarakat kita soal anak angkat juga tidak dititik-beratkan oleh keluarga angkat termasuk soal aurat. Selain itu aurat sebab Musaharah atau perkahwinan, juga tidak dititikberatkan. Kejahilan masyarakat sancta merata. Hukum hakam tidak dipedulikan lagi! Maka rasa terpanggil untuk saya ketengahkan soal mahram anak susuan , kerana perkahwinan dan anak angkat agar kita lebih jelas. Insyaallah Takrifan Mahram  Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya kerena sebab nasab, persusuan dan pernikahan (Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni 6/555). 'Mahram' adalah sebutan yang tepat sedangka...

Peluk Artis K-POP - Kedudukan Mahram Untuk Para Wanita

Asas hukum yang wajib diketahui oleh semua muslimah ialah berkenaan persoalan mahram. Siapakah golongan yang menjadi mahram wanita dan siapakah pula yang tidak tergolong dari kalangan mahramnya?  Persoalan ini amat penting kerana ia berkait dengan beberapa persoalan hukum yang lain seperti hukum perkahwinan, batasan aurat, pergaulan, hukum bermusafir, bersentuhan dan berdua-duaan.  Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Janganlah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan bersamanya mahram. Tidak harus seorang wanita bermusafir lebih daripada tiga hari melainkan bersamanya suaminya atau ahli keluarga yang menjadi mahramnya.” H.R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan An-Nasa’i.  Justeru itu, siapakah mahram bagi wanita? Menurut istilah para fuqaha, mahram wanita ialah lelaki yang diharamkan untuk dikahwini buat selama-lamanya sama ada disebabkan ikatan nasab keturunan, ikatan perkahwinan ataupun ikatan penyusuan.  Oleh sebab golonga...