Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HARI RAYA

Hari Raya Bagi Kekasih Allah

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a. pada hari raya memakai pakaian yang sederhana dan makanan yang sederhana. Ketika sahabat melihat beliau dalam keadaan sedemikian mereka bersedih dan berkata,  "Wahai Amirul Mukminin bukankah hari ini hari raya?" Beliau r.a. menjawab,  "Ya benar, sekarang adalah hari raya dan setiap hari dimana ketaatanku bertambah bagiku adalah hari raya." Seraya mengucapkan; ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟْﻌِﻴْﺪُ ﻟِﻤَﻦْ ﻟَﺒِﺲَ ﺍﻟْﺠَﺪِﻳْﺪَ، ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻌِﻴْﺪُ ﻟِﻤَﻦْ ﻃَﺎﻋَﺘُﻪُ ﺗَﺰِﻳْﺪُ "Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakain baru,  Akan tetapi hari raya bagi yang bertambah ketaatannya.." وﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟْﻌِﻴْﺪُ ﻟِﻤَﻦْ ﺗَﺠَﻤَّﻞَ ﺑِﺎﻟْﻤَﻠْﺒُﻮْﺱِ ﻭَﺍﻟْﻤَﺮْﻛُﻮْﺏِﺇﻧﻤﺎ ﺍﻟﻌﻴﺪﻟِﻤَﻦْ ﻏُﻔِﺮَﺕْ لَهُ ﺍﻟﺬُّﻧُﻮْﺏُ "Hari raya bukanlah bagi orang yang memperindah dirinya dengan pakaian dan kendaraan,  Akan tetapi hari raya bagi orang yang dosa-dosanya mendapatkan ampunan.." وﻟﻴﺲ ﺍﻟﻌﻴﺪ ﻟﻤﻦ ﺃﻛﻞ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎت ﻭﺗﻤﺘﻊ ﺑﺎﻟﺸﻬ...

PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA

Apa hukum solat sunat hari raya? Solat sunat hari raya sama ada hari raya korban atau hari raya fitrah adalah sunat muakkad kerana Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyari’atkan hinggalah baginda wafat. Ke atas siapa disyariatkan? Ia disyari’atkan ke atas semua golongan muslim yang mukallaf sama ada lelaki, wanita atau khunsa, muqim atau musafir, merdeka atau hamba.  Bilakah ia mula disyariatkan? Mula disyari’atkan pada tahun ke 2 hijrah. Solat hari raya yang pertama dilakukan oleh Rasulullah ialah bersempena hari raya fitrah pada tahun tersebut.  Apakah dalil disyariatkan solat hari raya? 1) Firman Allah; إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguh...

LAGU HARI RAYA

Imej

Kenang-kenangan Anak-Anak Felda Guar Napai

Pak Lang anak Felda Guar Napai, Jitra, Kedah. Setiap raya pasti balik jenguk keluarga. Walaupun ibubapa Pak Lang sudah kembali ke rahmatullah, Pak Lang mempunyai rangkaian keluarga yang sangat ramai. Ianya kerana asal usul datuk nenek Pak Lang dari kawasan sekitar. Perkahwinan atau persemendaan antara punca keluarga kami membesar merata-rata. Pulang raya ertinya akan bertemu dengan mereka yang sudah lama tidak bertemu. Mungkin ada di kalangan mereka yang masih menetap di kampung atau bertemu semula dengan kawan rakan yang sama-sama merantau mencari rezeki di serata dunia. Kebanyakannya memilih bersembahyang sunat Aidil Fitri di masjid Felda ini untuk mengambil peluang bertemu satu sama lain agar dapat saling bertanya khabar dan bersilaturahim.   Setiap yang pulang akan membawa keluarga masing-masing. Ada yang terpaksa menyewa homestay untuk mendapatkan sedikit keselesaan. Jika rumah peninggalan orang tua masih elok dan besar - mungkin boleh menampung kehadiran anak, cucu ...